2 Jenis Ibu Yang Menyempurnakan Anak-Anak & Suami.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang ibu sememangnya wanita yang hebat. Kehebatan mereka ini tidak boleh dibandingkan dengan sesiapa sahaja. Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja untuk anak-anak mereka yang dikasihi. Orang kata kalau terpaksa bertukar nyawa pun mereka ini sanggup.

Itulah kehebatan kasih sayang seorang ibu. Hebatnya mereka ini sehingga mereka tidak pernah mengadu apabila penat menjaga anak-anak, tidak pernah sekali pun kasih sayang terhadap anak-anak itu berkurangan kerana sikap anak-anak.

Dalam dunia ini terdapat dua jenis ibu, tetapi kedua-duanya begitu sempurna di mata anak-anak mereka. 



Kita boleh jadi 2 jenis ibu.

Pertama.

Ibu SuperWoman.

Ibu yang buat semua benda sendirian macam dia pakai bateri Energizer dan tangan dia ada lapan.

Walaupun jenis yang bekerja, mampu balik rumah dan masak setiap hari. Rumahnya bersih tanpa secalit habuk. Baju sentiasa berlipat dan tersusun dengan sempurna. Malah spender pun siap iron.

Tandas licin berkilat sampai tetamu tersilap ingat itu bilik tidur. Siap mampu sambut suami balik dengan badan wangi, muka complete make up diiringi joget inang diselang selikan dengan tarian zapin juga tarian ala-ala Black Pink setiap hari.



Anak pula dijaga sepenuhnya, dimandikan sambil gosok badan dengan buih, suap makan, suap supplement, ajar mengaji, tengok homework, bacakan bedtime story. Tak pernah tertinggal sehari pun.

Boleh!

Selagi kita tak rasa benda tu penat melampau dan kita memang suka buat. Letih pun tak kisah. Apalagi rasa nak marah.

Ataupun kita boleh jadi ibu jenis lagi satu.


Jenis Kedua.

Ibu SuperSabar.

Jenis yang tarik nafas panjang-panjang sebelum mengeluarkan dentuman petir dari kerongkongan yang penuh lahar kemarahan.

Perrgh!

Aku yang menulis pun takut.

Ibu yang menganggap semak itu seni, bersepah itu lumrah.
Ibu yang berfikir tangisan anak itu biasa, high pitching dia itu indah.
Ibu yang rasa kekalutan ini kejap je, tak lama lagi akan berubah.

Tak larat masak, beli.
Tak larat kemas, biar dulu.
Tak larat basuh baju, hantar dobi.
Tak larat ajar, panggil cikgu.

Boleh sendiri, dia buat sendiri.
Tak boleh, dia outsource.



Selagi larat, buat.
Tak larat, rehat.

Ada masa kita boleh jadi ibu superwoman.
Ada masa kita kena jadi ibu supersabar.

Kederat kita tak sama setiap hari, apatah lagi kederat kita dengan kederat orang lain.

KERANA...

Di akhirnya, anak-anak bukanlah perlukan ibu yang serba sempurna.

Apa yang anak lebih perlukan adalah ibu yang gembira dan stabil mentalnya.

Mak gembira.

Anak bahagia.

Bapak tak sakit kepala.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen