Mana Datangnya Gula Yang Banyak Dalam Minuman Bubble Tea Ini?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak akhir-akhir ini minuman bubble tea ini sememangnya mendapat sambutan, bahkan terdapat pelbagai jenis minuman bubble tea ini. Sehinggakan ada yang berlumba-lumba untuk mencuba segala jenis minuman ini. Walaupun rasanya agak sama tetapi peminat bubble tea ini mampu untuk mengenal pasti yang mana satu paling lazat atau biasa-biasa sahaja rasanya untuk diminum.

Ada yang sanggup beratur panjang semata-mata mahu mencuba minuman ini. Bahkan ada yang mampu meminum air ini bergelas-gelas banyaknya.



Apa yang lebih membimbangkan adalah, sesetengah pengeluar air minuman bubble tea ini masih belum memiliki sijil halal, tetapi ia tidak menghalang untuk peminatnya terus beratur dan menikmati air tersebut.

Negara Malaysia adalah negara yang mempunyai masalah obesiti tertinggi di Asia. Ini kerana, pemakanan kita yang lazat serta pengambilan gula dalam makanan serta minuman menjadi penyumbang ke arah perkara ini.

Ramai yang tidak sedar bahawa minuman bubble tea ini adalah lebih tinggi gulanya berbanding minuman coke atau bergas. Haaa, terkejut bukan? Pasti ramai yang berteka teki dari mana datangnya gula yang banyak itu sedangkan airnya tidaklah begitu manis.

Menurut Dietitian Fizah Sobri, terdapat beberapa sumber yang membawa punca minuman bubble tea itu antara air yang paling manis.



1. Syrup gula (yang putih) yang diguna sebagai pemanis tambahan. Selalu ditambah untuk kekal sedap bila minuman ada ais.

2. Gula yang hadir dalam susu yang diberi untuk rasa lemak berlemak.

3. Manis yang ditambah dalam bubble tea sewaktu pembuatannya untuk jadi sedap.

4. Gula dari brown sugar dalam milk tea.

Haa, dari 4 sumber gula ini mampu membuatkan minuman bubble tea ini antara minuman termanis sekali. Mungkin sekarang ini ia adalah minuman paling lazat buat anda, serta mampu menghilangkan rasa dahaga anda tetapi 15 tahun akan datang apa kesan pada tubuh badan anda?

Tidak salah untuk merasa minuman bubble tea ini, tetapi anda juga perlu tahu mengawalnya dan memikirkan kesannya pada masa akan datang.

Apa yang lebih menakutkan adalah bubble yang ada dalam minuman itu sukar untuk diproses ketika dalam perut kita bahkan boleh mengakibatkan sembelit. Kalau banyak sangat minum, mahu tidak membuang sebulan nanti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen