[Edisi Kewangan] 6 Kelebihan Masih Lagi Single.

‘Single pun okay…’

‘Single pun bahagia…’

Tak perlu provok diri sendiri, buktikan pada dunia bahawasanya anda single memang bahagia dan okay. Tunjukkan pada mereka, apa jua yang anda lakukan semuanya menguntungkan kerana anda masih single.

Tidak perlu bersedih.

Terdapat banyak kelebihan sekiranya anda masih lagi single, terutamanya dari segi kewangan seperti…

1. Tak banyak tanggungan.

Kelebihan menjadi single ketika ini adalah, tanggungan anda tidak lagi begitu banyak. Tidak membebankan dan tidak memeningkan kepala anda. Berbanding dengan mereka yang sudah berkahwin, perbelanjaan dalam keluarga agak merumitkan sekiranya pasangan tidak memberi kerjasama.

Ada sebab kenapa anda belum berkahwin lagi pada saat ini, mungkin ini hikmahnya. Ini lah peluang untuk anda pelajari dan persiapkan diri dengan kewangan selepas berumah tangga kerana perbelanjaan ketika bujang jauh beza selepas berkahwin, ya!

2. Tak perlu pakai kereta mahal.

Kelebihan menjadi single sepatutnya tidak pening kepala nak pakai kereta berjenama. Tidak perlu berkejar-kejar, kereta siapa yang lebih hebat dan mewah.

Cukup sekadar menaiki motor atau menggunakan kenderaan awam sahaja. Dedahkan diri dengan pengalaman untuk bersusah ketika muda kerana ia adalah satu pengajaran yang sukar untuk kita dapat.

Ingat! Bersusah-Susah Dulu, Bersenang-Senang Kemudian.

3. Jimat ketika makan.

Pada masa kini, ramai sahaja anak muda remaja craving nak makan di restoran mahal dan juga hipster. Sepatutnya ketika single ini lah anda masih lagi boleh berjimat dengan makanan, kerana anda hanya tanggung diri anda seorang sahaja.

Berbanding selepas berkahwin, anda perlu tanggung suami/isteri dan anak-anak. Kalau anak-anak ramai, anda sendiri pun tak cukup makan nanti.

Pada saat ini lah anda perlu rajin memasak pelbagai jenis masakan. Bukan sahaja memudahkan diri pada masa hadapan, bakal ibu mertua pun kagum dengan anda kelak.

4. Kos pakaian yang rendah.

Oleh kerana anda masih lagi bujang, kos pakaian anda juga sepatutnya rendah dan tidak kisah memakai baju yang sama setiap minggu. Malah, jangan terlalu mementingkan jenama pada pakaian kerana akhirnya kalau warna luntur, sadis juga. Belum lagi kalau baju dah tak muat.

Gunakan duit anda pada perkara yang lebih berfaedah.

5. Kos hiburan yang rendah.

Masa bujang lah nak tengok wayang, karoke, hiking dan pelbagai hiburan anda mahu rasai. Berpada-pada kalau mahu berhibur ketika bujang kerana sepatutnya anda masih boleh berjimat. Cuba bayangkan nanti dah ada pasangan, wang yang akan digunakan untuk hiburan berganda. Dah ada anak nanti, berganda-ganda wang dihabiskan.

Sebagai contoh kalau ada pasangan;

  • Wayang = RM16 + RM16
  • Karoke= RM15 + RM15
  • Makan= RM20 + RM20
  • Bubble Tea= RM10 + RM10
  • Pasangan merengek nak ais krim pula sebab panas = RM5 + rm5

Cuba total semuanya. Belum berkahwin lagi, hebat betul berbelanja.

6. Duit boleh disimpan dengan banyak.

Dan yang paling penting, kehidupan ketika single lah anda boleh simpan duit dengan banyak. Ini kerana anda boleh berjimat dalam apa jua keadaan dan situasi. Jika tidak diikutkan nafsu nak makan mahal dan shopping setiap minggu, pasti sekurang-kurangnya RM200 boleh disimpan setiap bulan, kan?

Best Tau Jadi Single, Jangan Sia-Siakan Masa Single Anda!

Artikel Lain

Tinggalkan Komen