Perbezaan Yang Ada Antara Suami Isteri Itulah Yang Membuat Hubungan Lebih Meriah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila tercetusnya pergaduhan sahaja, mulalah hati masing-masing tawar hati. Bahkan merasakan pasangan kita itu bukan jodoh terbaik yang diberikan. Jangan macam itu, kita sahaja yang tidak nampak kebaikan pergaduhan yang selalu terjadi dalam hubungan kita itu.

Pergaduhan itu mampu buat kita dengan pasangan kita lebih kenal satu sama lain. Kalau tiada ragam-ragam yang sebegini dalam hubungan suami isteri, tidak seronoklah pula. Gaduh dan merajuk itu adalah perkara biasa.

Macam yang dikongsikan oleh Firdaus Mokhtar ini, perbezaan yang ada dalam rumahtangga kita itulah yang membuat hubungan kita meriah. Mari sama-sama kita hadam nukilan darinya ini.



Seorang suami dan seorang isteri akan mempunyai kesukaan yang sama. Perasaan biasa masa mula-mula kenal. Iya, itulah yang membuatkan kita dan pasangan saling jatuh hati.

Rasa punya banyak persamaan.

Tapi semakin lama berumahtangga, semakin kita melihat perbezaan. Suami ke laut, isteri ke darat.

Ada sahaja yang tak kena. Ada sahaja yang dipertikai. Ada sahaja yang tak puas hati. Itu salah, ini salah.
Begitulah rumahtangga.



Bang, akak.

Berbeza itukan buat rumahtangga kita jadi meriah. Iya, meriah dengan marah-marah, merajuk, adegan gaduh manja, menangis sikit sikit, hempas pintu kadang kala, sudahnya pujuk balik.

Seronok kan?

Dengan berbezanya kita, sebenarnya kita melengkapi. Cuma kena tengoklah dekat mana nak saling melengkapi tu.

Terutama bab hati.

Isteri suka merajuk, suami kena jaga baran sendiri. Suami kerap marah marah, isteri kena jaga mulut daripada terlepas cakap. Walau pun isteri jenis pengemas, kena juga beralah suami kaki sepah barang.



Sungguh, beralah itu titik permulaan bahagia.

Lepas dah beralah, minggu depan bergaduh lagi. Itu biasa. Kahkah.

Alah, suami isteri yang bisu pun boleh bergaduh. Pakai bahasa isyarat lagi. Lagi lah kita yang memang boleh bercakap banyak bahasa ni. Huhu.

Begitulah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen