Mencintai Gadis Yang Overthinking, Memerlukan Lelaki Yang Mempunyai 5 Ciri-Ciri Ini.

Over thinking bermaksud apabila seseorang itu gemar membuat andaian apa yang belum berlaku lagi dan juga terlalu berfikir apa yang sudah lepas. Sama ada individu ini tidak boleh move on dengan kisah silamnya atau terlalu takut apa yang akan berlaku pada masa hadapan.

Impak individu ini pada orang sekeliling memang agak merimaskan kerana kadang-kala fikiran mereka tidak dapat diterima dek akal.

Individu sebegini seharusnya perlu menjadi lebih rasional, ‘Chill’ ataupun ‘Relax’, oleh sebab itu si gadis yang over thinking memerlukan pasangan yang bersikap kontra dengan dirinya supaya dapat melengkapi dan menjadi lebih stabil.

Apabila ingin bercinta dengan si gadis over thinking, si lelaki seharusnya memiliki ciri-ciri ini, iaitu….

1. Mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi.

Gadis yang over thinking ini mempunyai sikap insecure atau kurang keyakinan diri. Jadi, mereka amat memerlukan seseorang yang berkeyakinan tinggi untuk berdamping dengan dirinya. Lelaki yang berkeyakinan tinggi kelihatan lebih dominan dan mampu untuk mengawal situasi si gadis ini.

Kalau dua-dua tidak berkeyakinan tinggi, tidak hairan si gadis merasakan dirinya tidak dilindungi seolah-olah terkapai-kapai berseorangan.

2. Mempunyai tahap kesabaran yang lebih tinggi.

Anda juga perlu tahu bahawa gadis yang over thinking ini terlalu banyak fikiran di minda. Dia sendiri tidak dapat mengawal apa yang  berada dalam mindanya. Kadang-kala dia terlalu banyak berbicara tanpa berfikir.

Jadi, anda sebagai lelaki perlu mempunyai kesabaran yang lebih tinggi untuk menjadi pendengar setia. Dengar luahannya sehingga habis, takut nanti salah faham.

Dengan kata mudah, kalau buat karangan tu, pendahuluan dia panjang sangat. Helaian kedua baru isi penting.

3. Mempunyai kemahiran komunikasi yang lebih baik.

Oleh sebab gadis ini terlalu banyak bicara tanpa berfikir, pasangannya perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang lebih baik dari dirinya. Jangan mengharapkan gadis itu akan mengubah gaya komunikasinya, kerana lama-kelamaan si gadis ini akan merasakan sebenarnya anda tidak dapat menerima dirinya seadanya.

4. Mampu berfikir dahulu sebelum bertindak.

Kebiasaannya lelaki memang akan bertindak tanpa berfikir, berbanding dengan perempuan yang lebih bercakap tanpa berfikir. Jadi, anda sebagai lelaki yang ingin mendampingi gadis ini, mampu berfikir rasional dan matang adalah ciri-ciri utama yang perlu ada.

Kadang-kala andaian si gadis ini mampu membuat anda berdua salah faham, jadi anda perlu berfikir dahulu sebelum mahu membuat sesuatu. Perlu tahu kesan yang akan terjadi sekiranya anda melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan.

5. Mampu membaca reaksi wajah terlebih dahulu.

Selain daripada itu, anda juga perlu mampu membaca reaksi wajah si gadis ini.

Tahu apa tindakan anda yang akan membuat si dia merajuk, marah, geram, menangis atau sedih.

Ataupun ringankan mulut untuk bertanya apa sahaja…

“Awak okay tak?”

“Awak marah ke?”

“Awak merajuk ke?”

“Awak penat ke?”

Dengan pertanyaan sebegini, ini menandakan anda seorang lelaki yang memang betul mengambil berat tentang dirinya. Kalau nampak si gadis ini banyak masalah, anda terlebih dahulu memujuknya.

Jika tidak mampu bertahan dengan sikap gadis sebegini, elok jauhkan diri kerana gadis ini cepat menaruh hati pada lelaki yang baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen