Jangan Cepat Sound Isteri Bila Nampak Baju Kotor Penuh Bakul, 1 Kerja Yang Kita Nampak Tak Siap Tu Sebenarnya Ada 10 Kerja Yang Kita Tak Nampak Tapi Dah Siap.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak kurang pun ego suami apabila ucap terima kasih kepada isteri sendiri. Tak tahu kenapa nak ucap terima kasih? Eh, yang selama ini isteri sediakan pakaian dan makan kita, rawat kita bila jatuh demam, kemas rumah serta pelbagai lagi kerja yang mungkin kita sendiri tak penah buat. Kalau tidak ada isteri belum tentu hidup kita ini tersusun macam sekarang ini.

Jadi janganlah bila kita lihat rumah tak berkemas kita mudah melenting. Sudah lah tidak membantu dan ucap terima kasih, ini kita tambah lagi tekanan kepada dirinya. Macam perkongsian dari saudara Mohd Fhais ini, dalam 1 kerja yang kita nampak tak siap itu rupanya ada 10 kerja lain yang sudah selesai. Jom sama-sama kita hadam perkongsiannya ini.



Kadang tu bila isteri tak buat kerja kita cepat nak sound tapi bila isteri dah buat kita tak ucap TERIMA KASIH!

Peringatan untuk diri sendiri !

Semalam masa duk baring sekali dengan aisy rizqi ni masa dia menyusu. Tergerak nak tengok kuku dia. Dalam hati memang terdetik dah,



"Ni kalau bukan saya yang potong kuku budak ni memang panjang la jawabnya"

Allahu. Terperanjat bila tengok kuku aisy dah pendek dan cantik. Padahal baru 2 hari lepas saya tengok kuku dia panjang.

Entah bila isteri potong kuku aisy pun saya tak tahu. Baru ni cuti raya jadi mana isteri pergi saya ada.

Rupa-rupanya bila tanya pada isteri dia buang kuku aisy masa saya tidur. Masa semua orang dah tidur.

Bukan potong kuku aisy je, dia sempat basuh baju, lipat baju, kemas baju balik dari bercuti.

Saya tanya kenapa tak tidur je, padahal tengah penat masa tu.

Ini jawapan dia,

"Esok takut tak sempat buat sebab banyak kerja lain nak buat"

Begitu dasyat sekali komitmen seorang isteri. Sebelum tiba hari esok lagi dia dah susun jadual kerjanya.

Kerja berderet-deret yang kita pun tak sedar akan kewujudannya, isteri kita buat.

Kita yang baru buat satu kerja, potong kuku anak pun kita dah riak macam semua benda nak harapkan kita seorang.

Kita ni bila nampak pinggan kotor penuh dalam sinki cepat je kita nak sound isteri, baju kotor penuh bakul pun kita sound tapi apa yang kita tak tahu ialah,

1 kerja yang kita nampak tak siap tu sebenarnya ada 10 kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.

Tak percaya? Cuba la tanya isteri korang. Kadang ada lebih dari 10 kerja diorang dah siapkan.

Jadi wajar la kalau sekali kita nampak 1 kerja rumah tak siap, kita kena bagi 10 ucapan terima kasih untuk kerja kerja yang kita tak nampak tapi dah siap.

Kerja-kerja semua tu siap bukan guna magik tapi hasil sentuhan magik tangan isteri juga. Hargai la ye!

Wallahu A'lam,
Mohd Fhais

Tak tolong pun tak mengapa asalkan tahu menghargai, itu dah bahagia bagi isteri.

p/s : Post ini halal untuk di kongsi dengan pasangan dan rakan taulan supaya lebih ramai dapat manfaat lebih baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen