6 Cara Untuk Anda Terus Bersahabat Dengan Al-Qurán Selepas Ramadan.

Bulan Ramadan sudah pun berlalu. Mereka yang mengamalkan segala ibadah pada bulan Ramadan tersebut pasti akan terkesan dengan pemergian Ramadan. Apa jua amalan yang kita lakukan ketika berpuasa pasti kita akan teruskan supaya ia sentiasa dekat dihati.

Namun, apa yang penting adalah istiqamah dan mahu jadikan amalan tersebut sebagai sahabat, termasuklah dengan aktiviti membaca Al-Qurán.

Bagaimana untuk memastikan diri ini terus bersahabat dengan Al-Qurán walaupun sesudah Ramadan? Jom ikuti 7 cara ini…

1. Anggap setiap bulan seperti RAMADAN.

Untuk mengetahui sekiranya amalan ibadah kita diterima ketika di bulan Ramadan, kita juga akan teruskan segala aktiviti ibadah tersebut walaupun Ramadan sudah berlalu. Jika kita sudah menganggap bulan-bulan lain juga seperti Ramadan, kita tidak lagi hanya memperbaiki demi bulan Ramadan sahaja, kan?

Kita akan terus istiqamah dan rajin untuk membaca Al-Qurán setiap hari.

2. Sambung TARGET yang telah diletakkan pada bulan Ramadan.

Ada dikalangan kita, target untuk khatam Al-Qurán pada bulan Ramadan akan tetapi segelintir tidak sempat untuk habiskan target tersebut. Kemudian, habis sahaja bulan Ramadan, hanya ditinggalkan target begitu sahaja.

Jadi, tanamkan dalam diri bahawa target tersebut bukan semata-mata pada bulan Ramadan sahaja, dan target tersebut perlulah dilangsaikan sehingga anda mencapainya. Bila dah capai target, upgrade pula seperti membaca terjemahan dan seumpama dengannya.

3. Adanya PERANCANGAN.

Dalam kehidupan sudah pasti kita banyak membuat perancangan, kan?

Rancang kewangan, rancang hal rumah tangga, rancang untuk bertemu janji dan sebagainya. Pelik pula jika kita tiada perancangan untuk membaca Al-Qurán, sekiranya benar-benar mahu jadikan Al-Qurán sebagai sahabat kita?

Jadi, buatlah perancangan dan adakan masa yang khusus untuk membaca Al-Qurán. Sibuk bekerja pada siang hari, jadikan waktu malam anda untuk berdamping dengan Al-Qurán. Ataupun anda boleh sahaja membaca Al-Qurán sebelum atau sesudah subuh, tidaklah tertidur selepas subuh nanti.

4. Jangan biarkan diri dihasut SYAITAN.

Kita selalu terpedaya dengan keadaan diri yang terlalu penat dan tiada masa. Ini kerana diri hanya dibiarkan dihasut syaitan sehingga menjadi terlalu malas untuk berdamping dengan Al-Qurán. Bila nak buat baik pasti kita akan digoda olehnya. Tetapi bila nak fokus menonton drama atau movie, main game….boleh pula fokus sehingga berjam-jam lamanya.

Ikut balik point nombor satu, anggap setiap bulan adalah bulan Ramadan.

5. Anggap dengan membaca Al-Qurán adalah REWARD kepada diri sendiri.

Perkara ini juga jarang dilakukan oleh kita sendiri kerana kita hanya memberi reward kalau bukan dalam bentuk makanan, pasti dengan barang yang kita idam-idamkan. Apabila kita sudah membiasakan diri dengan reward ‘duniawi’ ini, sudah pasti kita sukar untuk jadikan dengan bacaan Al-Qurán sebagai reward kita.

Bacaan Al-Qurán adalah reward yang terbesar dalam hidup kita kerana ia bukan sahaja memberi ketenangan jiwa, malah ia adalah bekal di akhirat kelak.

6. Jadikan sebagai AMALAN.

Praktik! Praktik! Praktik!

Kita tidak akan jadikan ia sebagai amalan, sekiranya kita tidak praktikkan setiap hari. Oleh itu, praktikkan bacaan Al-Qurán setiap hari supaya ia menjadi amalan kita. Praktik sehingga kalau kita nak tinggalkan bacaan Al-Qurán walau sehari, pasti akan berasa saying.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen