Nak Tahu Personaliti Lelaki Yang Anda Minat Dalam Diam Masa Raya Nanti? Lihat Warna Bajunya.

Dalam diam-diam, pasti mata sibuk meliar melihat gerangan lelaki yang anda minat terutamanya ketika pada hari raya. Pada hari raya, selain sibuk beraya di rumah sanak saudara, pasti tidak ketinggalan dengan reunion rakan sekolah kita.

Sudah lama tidak berjumpa, pasti banyak perkara yang mahu dibualkan walaupun mata sibuk melihat dan mencari jejaka yang kita menaruh harapan.

“Wah, dah besar makin handsome pula…”

Jangan asyik main mata je, jom lihat personaliti jejaka yang anda minat melalui warna baju yang dipakainya…

1. Hitam.

Selalunya kalau warna hitam ni, mesti kita lihat si dia adalah seorang yang boleh berkomunikasi dengan baik, bahkan ramai pula senang mendekatinya. Ini kerana personalitinya yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Bahkan berani bersuara depan orang ramai dan tidak takut dengan majlis keramaian.

2. Biru.

Melihat lelaki yang memakai baju berwarna biru ini, tenang sahaja. Sama tenang dengan empunya diri. Walaupun mampu berkomunikasi dengan orang ramai, cuma dirinya nampak lebih tenang berbanding dengan si pemakai baju warna hitam. Orang cakap ‘Lelaki Cool’.

Malah lelaki ini sebenarnya kalau makan pun, tak suka letak banyak-banyak dalam pinggan kerana mahu lauk yang simple dan sederhana sahaja.

3. Merah.

Lelaki yang memakai baju warna merah melambangkan dirinya yang sangat berani dan gah, tetapi sebenarnya dia tidak yakin atau insecure dengan segala perbualannya.

“Eh, betul ke apa yang aku cakap tadi..”

“Aku harap apa yang bualkan tadi dapat perhatian..”

Tidak hairan sekiranya lelaki ini kadang-kala gagal dalam bercinta kerana kata-katanya tidak smooth, sehingga sanggup menyembunyikan perasaan sukanya pada seorang gadis.

4. Putih.

Lelaki yang memakai baju berwarna putih kelihatan begitu bersih dan suci. Lelaki ini juga amat menitik beratkan kebersihan diri. Boleh juga dianggap sebagai ‘perfectionist’. Malah, lelaki ini amat berhati-hati apabila berbual.

Jadi, pada para gadis yang rasa kadang-kala terlepas kata-kata carutan tu. Awas! Anda pasti akan sukar didekati dengan lelaki ini.

5. Kelabu.

Warna kelabu adalah kombinasi warna hitam dan warna putih dimana dirinya amat positif. Kita dapat lihat lelaki sebegini akan sedaya upaya cuba untuk bersangka baik dan sentiasa berfikiran positif. Lelaki ini betul-betul dapat merangsang atau mempengaruh pemikiran bagi mereka yang sedang mendengar.

Walaupun kadang-kala kelihatan pendiam, namun sekali dengar dia cakap, memang deep!

6. Hijau.

Lelaki yang memakai baju berwarna hijau ini boleh dikatakan seorang yang tenang juga seperti si pemakai warna biru. Akan tetapi, lelaki ini tidaklah begitu soft spoken cuma segala kata-katanya berdasarkan fakta dan logik. Kelihatan ‘Educated’.

Ini kerana lelaki ini bijak memberi solusi dan menyelesaikan masalah.

7. Kuning.

Seperti yang kita ketahui, lelaki yang  gemar memakai baju berwarna terang seperti kuning ini adalah individu yang mampu menjadi perhatian orang ramai. Mampu ceriakan suasana, tidak takut dengan kata-kata orang, cakap pun kadang-kadang main lepas sahaja.

8. Pink.

Tak ramai lelaki yang suka memakai baju berwarna pink, akan tetapi lelaki ini tidak suka berkasar dan egonya juga tidak la begitu tinggi. Dirinya mampu melentur ego apabila bertemu dengan seorang wanita yang sopan santun dan lemah lembut. Lelaki ini juga sangat ‘Flexible’.

9. Purple.

Lelaki yang memakai baju berwarna ungu atau purple ini boleh dilihat sebagai seorang yang sukar dijangka. 'Unpredictable'. Mereka ini juga dilihat sebagai seorang yang pelik dan apabila berbual dengannya anda boleh rasakan anda berada di dunia lain kerana mempunyai topik yang sangat meluas.

Lelaki ini juga amat sensitif bila ada orang lain yang berkasar dengan dirinya, tetapi kalau dia yang cakap lepas boleh pula.

Apa Lagi? Jom Dekati Lelaki Yang Anda Minat Dalam Diam Itu!

*sekadar hiburan semata-mata*

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen