Putus Cinta Bukanlah Satu Kegagalan! Hadam 10 Kata-Kata Ini Untuk Bangkit.

Ada yang menganggap, putus cinta adalah satu kegagalan dalam hidup padahal ia adalah fasa untuk kita mencari identiti sendiri. Putus cinta bukan satu kegagalan, tetapi ia adalah satu permulaan hidup untuk kita mengenal cinta yang sebenar.

Jika sebelum ini kita hanya sekadar cinta monyet, cinta main-main, teman tapi mesra, berkemungkinan besar cinta tersebut sedang mengajar anda tentang cinta yang sebenar.

Cinta yang sebenar adalah dengan mencintai diri sendiri dahulu, kemudian akan dicintai oleh si dia.

Cinta yang sebenar adalah apabila kita betul-betul mencintai Sang Pencipta kerana tanpa-Nya tiadalah rasa cinta ini.

Untuk bangkit sejurus putus cinta, hadam 10 kata-kata ini untuk diri yang sedang sakit…

1. “Saya akan lalui semua ini dengan berlapang dada…”

Apa pun yang terjadi, semuanya pasti ada hikmah. Jadi, terima lah hakikat yang anda sedang putus cinta dengan berlapang dada.

2. “Baru putus cinta, belum lagi gagal dalam kehidupan”

Putus cinta bukan satu kegagalan kerana dalam percintaan tiada yang pemenang atau yang kalah. Cinta bukan satu pertandingan.

3. “Saya dah buat yang terbaik, saya sudah jadi yang terbaik untuk dirinya…”

Jangan menyalahkan diri sendiri seratus peratus jika hubungan terputus, bekas kekasih anda juga adalah punca segalanya.

4. “Kesakitan ini hanya sementara sahaja”

Anda perlu tahu bahawa sakit ketika putus cinta hanya sementara sahaja, dengan kesakitan tersebut sebenarnya mengajar anda untuk menjadi insan yang lebih kuat!

5. “Saya cantik/kacak, ada pelajaran, ada kerjaya, ada pendapatan, mesti akan dapat yang lebih baik…”

Jangan disebabkan putus cinta merosakkan imej anda sebagai seorang yang bekerjaya, malah seorang yang ceria.

6. “Saya tidak akan putus asa, dan akan bertemu dengan cinta kembali..”

Jangan serik untuk bercinta.

Jangan dengan hanya menyangka hubungan cinta ini terputus, anda samakan bekas kekasih dengan orang lain. TIDAK! Orang yang berbeza, jalan hidup juga yang berbeza.

7. “Tak salah pun jadi single..”

Jangan hanya menganggap orang yang bercinta sahaja boleh bahagia. Single pun bahagia juga.

8. “Saya okay!”

Kadang-kala, kata-kata dalam minda atau yang keluar dari mulut kita sendiri mampu untuk psiko diri kita. Selagi anda cakap anda ‘Tidak Okay’, sampai bila-bila pun sebenarnya anda tidak okay. Jadi ubah ayat anda ‘Saya Okay!’

9. “Kesedihan itu Allah yang bagi…”

Semua yang anda hadapi sekarang ini adalah ujian dan dugaan dari Allah SWT. Perasaan gembira dan sedih itu juga datang daripada-Nya. Jadi, tidak salah untuk anda berasa sedih untuk seketika, jangan la pura-pura happy tapi hakikatnya hati sakit juga.

10. “Saya akan gembira dan bahagia dengan orang yang layak dicintai..”

Jangan terlalu meratap hidup dengan bergelumang air mata sentiasa. Hidup terlalu pendek untuk anda sentiasa bersedih, jadi tanamkan dalam hati yang anda akan senyum, gembira dan bahagia sebelum dan selepas menemui cinta.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen