Kajian Menunjukkan Pengambilan Kopi Kurang 6 Cawan Sehari Masih Dalam Kadar Sederhana.

Oleh: Zuzu Yasmine

Meminum air kopi sememangnya membantu untuk mengekalkan kesegaran mata dan juga minda. Ini kerana, ia mampu membuat seseorang itu kurang berasa mengantuk malah mampu menumpukan perhatian yang lebih.

Bukan sahaja sedap diminum bercampur gula sahaja tetapi kopi juga sedap jika dicampur bersama susu pekat manis berserta krim, rasanya pasti membuat pengemar kopi tersenyum manis semula.



Minuman berperisa kopi ini sangat membantu bagi pelajar yang berjaga sepanjang malam, ataupun perkerja yang mengalami rasa mengantuk disaat berkerja. Ia betul-betul membantu, tetapi bagaimana jika kopi ini diambil secara berlebihan dari sepatutnya?

Haaa, apa kesannya? Boleh ke tak boleh? Jom kita baca kajian ini.



Pengambilan kopi dalam menu sajian harian perlu diambil pada kadar sederhana dengan bilangan kurang enam cawan sehari.

Kajian pakar penyelidik Universiti Afrika Selatan mendapati, pengambilan sederhana mengawal jumlah kafein dalam diet harian.

Penyelidikan bertujuan menangkis kenyataan segelintir pihak yang mendakwa risiko kematian meningkat berpunca pengambilan kafein. Kajian membuktikan hampir semua individu masih mengambil kafein pada jumlah yang selamat.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Australia Selatan pula mendapati pengambilan melebihi enam cawan kopi sehari meningkatkan penyakit jantung sebanyak 22 peratus.

Namun penemuan itu tidak memberi kesan kepada warga Amerika Syarikat yang purata mengambil sekurang-kurangnya 1.6 cawan berbanding lapan cawan oleh pengguna di Finland.

Organisasi Kopi Antarabangsa pula dalam kenyataannya sebelum ini berkata, perdebatan mengenai kematian berpunca pengambilan kafein berlebihan masih dibincangkan. Namun sekitar enam cawan sehari masih selamat untuk kesihatan jantung.

Kajian UK Biobank membabitkan 347,000 responden berusia berusia 37 hingga 73 tahun, melihat tahap ketahanan kopi dalam sistem badan membantu mengekalkan kesihatan jantung.

Penyelidikan memberi fokus kepada gen metabolik dalam kafein, iaitu CYP1A2, dikesan sama ada meningkat atau merendahkan risiko penyakit berkaitan kardiovaskular.

Gen CYP1A2 didapati membantu mengekalkan tahap metabolisme sebanyak empat kali lebih cepat berbanding yang lain dan penurunan selepas cawan keenam.

Pakar kardiologi Universiti Mc Gill, Amerika Syarikat, Chris Labos, berkata bagi yang sensitif pada kopi mereka dinasihat mengurangkan pengambilan minuman berkenaan dalam menu harian.

Ini menunjukkan pengambilan kopi melebihi tiga atau empat cawan, bukanlah sesuatu yang merisaukan pada dos biasa ia tidak mendatangkan banyak kesan.

Fakta:

• Persatuan Jantung Amerika mendapati pengambilan kopi berupaya melepaskan asid lemak dari tisu lemak yang mana tenaga terhasil dan merangsang sistem saraf.

• Pengambilan kopi berlebihan memberi kesan tidak sihat kepada buah pinggang, tingkat asid dan menyebabkan asid refluk membawa kepada gastrik.

• Tambahan gula dan krim dalam kopi meningkatkan kalori yang tidak diperlukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen