Jika Rasa Kepenatan Yang Melampau, Segera Dapatkan Rawatan Untuk Kenalpasti Penyakit Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Penah atau tidak ada satu hari itu kita rasa begitu penat. Sedangkan dekat rumah kita tidak melakukan kerja-kerja yang berat, begitu juga di tempat kerja. Tetapi badan rasa cukup tidak bermaya dan terasa begitu penat sehingga tidak mahu bergerak dari tempat tidur.

Bukan itu sahaja, anda juga mampu berbaring sepanjang hari tanpa melakukan apa-apa aktiviti pun. Lepas penat baring anda tidur semula. Eh hairan, kena penyakit malas tahap apakah ini?



Bila rakan ataupun seseorang mengajak anda untuk keluar juga anda akan menolak kerana merasakan tidak mahu bergerak ke mana-mana. Ini bukan penat ini, ini pemalas ini. haaa, sebenarnya jika anda berdepan dengan situasi ini anda mungkin sedang berdepan dengan penyakit.

Jom kita baca sedikit mengenai perkara ini.

Rasa kepenatan melampau ni dipanggil FATIGUE.

Ramai yang terkeliru dan cuba kaitkan aktiviti harian dengan rasa Fatigue ini. Kalau tak bersengkang mata siapkan kuih raya, tak berjaga malam siapkan jahit baju, tak bangkit qiam..dan anda asyik Fatigue, sila buat pemeriksaan...antara punca sebenar Fatigue yang biasa :

1) Kencing manis (diabetes)

2) Kurang darah merah ( anemia)

3) Penyakit kronik seperti kanser

4) Kemurungan ( depression)

Kalau dah check semua benda normal, dan anda masih rasa fatigue yang melampau, maka ia mungkin penyakit yang dipanggil Chronic Fatigue Syndrome.

Chronic Fatigue Syndrome sukar dibezakan dengan Pemalas.

Antara tips termudah untuk bezakan antara 2 itu, ialah cuba ajak dia pergi beli baju raya, bagitau anda nak belanja. Kalau laju je dia bangkit dari perbaringan nak follow anda, besar kebarangkalian dia Pemalas.

Selepas ini kalau terasa begini bukan anda perlukan rehat yang panjang atau banyak tetapi lebih perlukan rawatan doktor dengan kadar segera. Tapi itu pun kalau anda bukan seorang yang pemalas.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen