Wanita Lebih Memilih Pasangan, Ini Sebabnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menjadi impian setiap wanita untuk berkahwin serta mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Ini kerana, wanita sememangnya dilahirkan dengan sifat ingin dimanja, dibelai serta penuh dengan kasih sayang. Rata-rata wanita pasti meletakkan target ketika umur berapa untuk mereka mendirikan rumahtangga.

Namun begitu, ada juga sesetenagh wanita yang bila ada yang meminang ditolak bahkan ada juga yang ingin menjalinkan hubungan cinta dengannya juga tidak mahu. Orang kata kalau wanita seperti ini terlalu memilih sangat pasangan, itu yang kalau datang biasa-biasa mereka tidak mahu.



Kadang kala kita tidak tahu, mereka ini bukan terlalu memilih tetapi ingin mencari seseorang yang betul-betul sesuai dengan dirinya malah dirasakan mampu menjaganya dengan baik. Tapi orang yang tidak mengetahui sebab dan punca mengapa mereka ini terlalu berhati-hati dalam membuat pilihan pasti akan memandang sinis terhadap wanita seperti ini.



Pasti ramai sahaja diantara lelaki-lelaki di luar sana ingin mengetahui sebab mengapa kebanyakkan wanita-wanita sekarang memilih pasangan hidup.

“Orang kata perkahwinan ini umpama perjudian, jika untung dapat kecapai bahagia tetapi jika tidak sebaliknya.”

1. Kerjaya.

Sudah tentulah mereka ini akan memerhatikan kerjaya-kerjaya pasangan mereka. Jika dirinya seorang wanita yang berjaya, pasti mereka inginkan pasangannya juga dikalangan yang berjaya. Barulah sama-sama akan memahami masa kerja masing-masing.

Tidak hanya itu sahaja, jika perkara ini diteliti pasti dapat mengelakkan masalah seperti wanita berkerjaya lebih menguasai hubungan ataupun isteri memandang rendah terhadap suami yang bergaji kecil. Bak kata pepatah, umpama pipit dengan enggang. Jadi sebenarnya mereka mahu pasangan yang setaraf dengannya kerana tidak mahu menimbulkan masalah dikemudian hari.

2. Perbezaan pendapat.

Ini juga perkara yang wanita-wanita takutkan. Dengan memiliki perbezaan pendapat kemungkinan pendapat mereka ini tidak akan diterima malah mereka juga takut jika perkara sebegini akan membuat mereka tertindas dalam hubungan yang dibina itu kelak.

Mana tidaknya, kadang kala sebagai seorang isteri mereka ini lebih banyak mengalah demi menjaga ego dan perasaan suami mereka, sedangkan perasaan sebegini akan membuat mereka kecewa. Sebab itulah kalau boleh wanita-wanita mahu seorang lelaki yang mempunyai gaya pemikiran yang sama dan mampu berkongsi pendapat yang sama dimana ia mampu membina hubungan yang baik. Tidaklah asyik makan hati sahaja.




3. Miliki trauma.

Jika dirinya pernah disakiti atu dilukai dahulu, mungkin menyebabkan mereka ini terlalu berhati-hati dalam memilih pasangan mereka. Bahkan mereka-mereka yang terluka ini biasanya mengambil masa yang lama untuk merawat hati mereka. Tidak hanya itu, mereka juga mahukan kekuatan untuk membuka peluang kepada orang baru. Ini kerana, mereka tidak mahu terluka buat kali kedua.

4. Melihat penceraian orang tua.

Perkara ini juga menakutkan bagi seorang wanita. Wanita ini mahukan pelindungan dari orang yang mereka kasihi. Jadi jika berlaku perbalahan atau penceraian rumahtangga, ia akan membuatkan hati mereka berbolak balik dengan perkahwinan. Ini kerana, mereka takut jika perkahwinan yang bahagia mulanya akan memberi kesan yang mendalam pada dirinya satu hari nanti.

Sebab itulah mereka ini terlalu berhati-hati dalam membuat pilihan sehingga berjumpa dengan orang yang benar-benar dirinya boleh percayai. Jadi apabila seorang wanita itu sudah percayakan anda, jangan sesekali hancurkannya.

5. Kewangan.

Selalu kita dengarkan wanita yang memilihkan ini pasti mahu lelaki yang kaya. Ya, mereka meneliti akan perkara ini juga tetapi biasanya perkara ini terletak diakhir sekali. Ini kerana, jika mereka sudah mempunyai kejayaan dan pendapat yang sama perkara ini bukan keutamaannya.

Kadang kala wanita yang memilih lelaki yang stabil kewangannya ini bukan apa, mereka ini mahu hidup anak-anak dan dirinya akan lebih terjamin pada masa akan datang.

Setiap orang mempunyai hak tersendiri dalam memilih pasangan, begitu juga kaum lelaki bukan?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen