Cuba Atasi Kemurungan Dengan Melakukan 5 Senaman Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Jika hanya melihat dari segi luaran, mungkin tiada siapa yang tahu apa yang mereka ini alami. Ini kerana, penampilan luaran seseorang itu tidak menunjukkan keadaan sebenar kesihatan mental mereka.

Mungkin ada yang berpendapat jika seseorang itu mempunyai masalah mental, pasti lebih mudah untuk dilihat dari segi pemakaian atau cara bercakap mereka. Sebenarnya, ada juga yang mempunyai masalah mental ini kelihatan seperti orang yang normal tetapi sebaliknya.



Kesihatan mental meliputi kesejahteraan emosi, psikologi dan sosial kerana ia mempengaruhi cara kita berfikir, rasa dan bertindak.

Bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan mental, terdapat lima senaman dan latihan yang boleh diamalkan bagi membantu mereka mengatasi masalah kemurungan dan kerunsingan.

1. Meyakinkan diri

Cuba meyakinkan diri sendiri dengan berfikiran positif setiap hari dan melihat diri anda sebagai kanak-kanak.

Ini kerana secara lumrahnya manusia sukar bersikap negatif terhadap kanak-kanak.

Anda akan menjadi begitu melindungi versi kanak-kanak diri anda sendiri dan situasi ini akan membuatkan anda lebih menyayangi diri sendiri.



2. Rekod kebaikan

Ambil sebuah buku dan catat mengenai satu perkara baik yang berlaku pada hari tersebut.

Ia boleh menjadi sesuatu yang mudah seperti menikmati secawan teh ketika cuaca baik atau menonton wayang yang dinanti-natikan.

Aktiviti ini akan membuatkan anda lebih bersyukur dengan perkara yang berlaku dalam kehidupan.



3. Dengar lagu

Fikirkan tentang lagu yang membuatkan anda gembira dan tenang.

Bawa fon telinga sentiasa bersama anda dan pasang lagu tersebut setiap kali anda berasa tidak tenteram dan berdepan dengan masalah.



4. Bernafas dengan betul

Bernafas sedalam-dalamnya dapat meningkatkan bekalan oksigen ke otak dan menggalakkan sistem saraf parasimpatetik untuk membuatkan anda rasa lebih tenang.

Pastikan juga anda duduk dengan selesa dan bernafas selama lima saat dan hembus melalui mulut selama lima saat.
Ulang teknik tersebut selama mana yang anda perlukan.



5. Latihan 54321

Salah satu kaedah untuk mengembalikan anda ke keadaan semasa sewaktu mengalami serangan panik adalah dengan melakukan latihan tumpuan deria.

Tumpukan perhatian kepada lima objek yang boleh anda lihat, kemudian empat bunyi yang boleh didengari, tiga perkara yang anda boleh rasa (perasaan), dua bauan yang boleh dihidu dan satu benda yang boleh dirasa (lidah).

Teknik ini digunakan untuk mengasingkan deria anda dan menghentikan anda daripada berasa 'tenggelam'. - Female First

Bukan hanya mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental sahaja yang boleh cuba perkara ini, mereka yang ingin ketenangan juga boleh lakukannya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen