Tabiat Tidak Sihat Ini Ganggu Emosi Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa tidak selesa dengan diri sendiri? Di mana anda lebih mudah tertekan, malah emosi anda juga lebih cepat terkesan apabila terdapat sesuatu perkara yang tidak disukai anda. Orang kata memiliki tidur yang cukup dapat membantu mengawal emosi dengan lebih baik tetapi anda pula sebaliknya.

Banyak tabiat boleh menjejaskan kesihatan fizikal anda, dan terdapat juga beberapa tabiat yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan emosi. Kebanyakan individu tidak memberi perhatian kepada tabiat-tabiat ini kerana merasakan ia tidak mendatangkan bahaya. Walau bagaimanapun, untuk tempoh jangka masa panjang, tabiat tidak sihat ini boleh menjejas kesihatan dan menganggu kebahagiaan anda.



Kadang kala emosi kita terganggu berpunca dengan apa yang kita makan malah kadang kala kita melakukan aktiviti yang tidak beberapa sihat.

Berikut adalah beberapa kesan negatif dan cara untuk menangani tabiat tidak sihat;

1. Terlalu banyak kafein

Minuman berkafein merupakan antara minuman kegemaran ramai. Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa pengambilan kafein untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ketagihan. Antara situasi yang biasa berlaku adalah pergantungan terhadapan kafein.

Ia berlaku apabila seseorang individu menggunakan kafein untuk meningkatkan tenaga pada waktu pagi, mengambil kafein sepanjang hari untuk menghindari ‘caffein crash’. Tabiat ini akhirnya akan mengganggu pola dan kualiti tidur, menyebabkan bangun dalam keletihan pada waktu pagi dan membuatkan mereka memerlukan kafein untuk memulakan hari. Apabila kitaran ini berterusan, ia akan mempengaruhi tahap tekanan juga.

2. Merokok

Bagi perokok, rokok merupakan alat pelepas tekanan yang baik. Malah, pada ketika berdepan masalah emosi seperti tekanan atau kemurungan, rokok menjadi sangat penting dan berhenti merokok kelihatan satu perkara yang tidak praktikal. Merokok mendatang lebih banyak kesan kemudaratan daripada manfaat, sama ada dari aspek kesihatan atau kewangan. Jadi meninggalkan tabiat tidak sihat ini pastinya satu perkara yang baik.

3. Minuman beralkohol

Ada yang berpendapat segelas wain atau minuman beralkohol boleh menjadi satu kaedah terbaik untuk merehatkan diri selepas sehari yang penuh tekanan. Saintis juga bersetuju bahawa wain merah mendatangkan manfaat kepada sistem kardiovaskular.

Walau bagaimanapun, minuman secara berlebihan boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dan mungkin menyebabkan tekanan untuk jangka waktu panjang. Jika anda berdepan masalah untuk mengehadkan pengambilan alkohol kepada hanya satu atau dua minuman, walaupun ia merupakan kaedah meredakan tekanan paling berkesan untuk anda, mungkin cara yang terbaik adalah untuk mencari kaedah melegakan tekanan yang lain.

4. Boros

Membeli hadiah untuk diri sendiri mungkin cara yang baik untuk mengembalikan semangat diri. Namun, tabiat berbelanja secara berlebihan, mungkin akan menyebabkan lebih banyak tekanan kewangan untuk jangka masa panjang.

5. Makan kerana emosi

Makan boleh membuatkan emosi menjadi baik untuk seketika, tetapi kelaparan yang berkaitan dengan emositidak dapat dipenuhi dengan makanan. Diet yang tidak sihat boleh menyebabkan tekanan bertambah dan mencetuskan ketidakseimbangan gula dalam darah. Anda mungkin berasa bersalah akibat pengambilan kalori yang anda makan.

Ini menyebabkan anda berhenti untuk mempelajari cara yang lebih baik dan lebih sihat untuk menangani emosi anda. Ini sekali gus mengakibatkan anda lebih sukar untuk mengawal berat badan anda. Rasa tidak berupaya dan putus harapan hanya akan menyebabkan keinginan untuk makan semakin bertambah dan gangguan kepada emosi.

Untuk mengubah tabiat yang tidak sihat ini, anda harus mengenalpasti kesan dan akibat yang boleh berlaku. Anda juga harus sedar bahawa tabiat tidak sihat ini tidak mendatangkan sebarang manfaat walau untuk apa juga sebab.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen