Baru Seminggu Gaji Sudah Tinggal Beberapa Kerat, Lelaki Ini Kongsi Tips Urus Kewangan Gaya Old School Tapi Berkesan.

Oleh: Zuzu Yasmine
ook.com/lemiej" target="_blank">Facebook

Setiap hujung bulan pasti akan berdepan dengan kesempitan kewangan. Kadang kala wang yang ada itu cukup untuk digunakan pada hujung bulan dan tidak dapat melakukan simpanan untuk hal-hal kecemasan. Ini adalah perkara yang kerap berlaku pada mereka yang hanya bergantung sepenuhnya pada gaji bulanan.

Walaupun hidup dalam keadaan yang selesa dan serba mencukupi tetapi jika perkara ini tidak diubah ia mungkin akan menjadi perkara yang menakutkan bagi anda. Mana tidaknya kalau tiba-tiba berlakunya kecemasan, bagaimana?

Di dalam zaman ini, kita sudah tidak boleh terlalu mengikuti kaedah duit isteri milik isteri, duit suami miliki isteri. Pada ketika ini semuanya perlu berkongsi barulah rumahtangga lebih harmoni sekaligus masalah kewangan dapat diselesaikan.



Jika anda sentiasa berdepan dengan wang yang tidak mencukupi setiap bulan, apa kata and cuba kaedah yang dikongsikan oleh saudara Hilmi Jailani ini. Semoga bermanfaat.

Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.

Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kredit lah jawabnya.

Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.

Ok baik.

Langkah 1:

Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.



*Ini contoh. Korang boleh tambah apa sahaja ikut keperluan masing-masing. Apa pun tepuk dada tanya selera. Eh puasalah!

Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.

Langkah 2:

Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.

Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?

Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha

Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.

Langkah 3:

Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.

Langkah 4:

Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?

JUMLAH GAJI - (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN

Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?

Langkah 5:

Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.

*Tips: Sila pilih angpau berwarna cerah.

Ini Angpau mane2 bini aku bawa balik ni. Bedal je lah.

Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha

Langkah 6:



*Haa hias lah sikit. Tu saya guna sellotape, tali dan pengepit baju je. Mudah tapi praktikal.

Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.

Langkah 7:

Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.

Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?

Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe

Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?

Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.

Semoga dapat kita cipta kewangan yang terbaik untuk keluarga tersayang.

Nota kaki:
Yang boleh bayar online, seperti astro, coway dan bil utilities, saya tak masukkan dalam sampul. Tinggalkan amaun cukup-cukup dalam bank untuk bayar. Selesai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen