“Isteri Cemburu Dengan Suami Dalam Berebut Untuk Beribadah Sebab Nak Jaga Anak-Anak?” Ikuti Nasihat Lelaki Ini.

Dalam diam dan secara tidak sedar, si suami perlu tahu bahawa isteri kadang-kadang menyimpan perasaan cemburu taktala melihat anda menunaikan ibadah dengan tenang, walhal dirinya menjaga anak-anak di rumah.

Bersyukur suami pergi ke masjid menunaikan ibadah, namun dirinya juga menunaikan ibadah dengan menjaga anak-anak. Akan tetapi pasti terselit rasa rindu untuk sujud dan berdoa kepada Ilahi.

Pada para isteri, sekiranya ini yang anda sedang alami, ilkuti beberapa nasihat dari saudara Firdaus Mokhtar ini…

********


Gambar Sekadar Hiasan. Kredit: Dwi

Berbaki hari Ramadan ini, kita faham. Ramai yang berebut untuk beribadah.

Baik suami atau isteri, sama berlumba. Sama nak ambil peluang. Namun kadang ada keterbatasan.

Iyalah, suami ke masjid. Isteri kena tinggal. Sebab jaga anak-anak. Nak angkut anak-anak kecil ke masjid sama, karang tak jadi kerja juga.

Nak pergi ke tandas pun, teringat anak tinggal tak ada siapa tengok di ruang masjid. Tak pun dekat masjid, tengah sembahyang ni hati mak resah. Sebab tak nampak kelibat anak-anak.

Tadi ada main dekat sebelah. Ni dah hilang. Mulalah sambil rukuk tu meninjau-ninjau kalau kalau ada anak dekat belakang. Kalau tak nampak, bertambah resah dia.

Hujung masjid sana tu tangga. Arah pintu keluar. Kot berlari anak kecil ke sana. Sudahnya tak pergi terus ke masjid.

Tenang para isteri, tenang para ibu.

Sekarang kita serah baton ke para suami.

1. Galakkan suami ke masjid. Suruh dia pergi sekejap untuk qiamullail.

Bila suami pergi kerana isteri yang pinta, pahalanya tetap dapat ke isteri tadi. Kejutkan dia bangun dan siapkan pakaian solat dia.

Nak balik sahur dekat rumah, balik lah. Tapi dekat masjid sekarang banyak dah sediakan sahur.

2. Kirimkan doa ke suami. Tulis pun tak apa.

“Suamiku, ini doa saya. Sayang tolong bacakan boleh nanti lepas solat tahajud?”

Haaa, begitu! Ala-ala Ketika Cinta Bertasbih kan?

3. Suami pula saat beribadah nanti, niatkan bahawa semua kebaikan itu adalah untuk isteri juga.

Isteri yang selama ini membina kehidupan bersama dengan kalian. Maka atas setiap peluang kalian beribadah, pastikan nama mereka sentiasa ada dalam doa yang paling awal.

4. Hadiahkan juga pahala ibadah buat isteri. Suami berzikir, baca Quran, buat solat sunat hadiahkan pahalanya buat isteri.

Peluang yang kalian dapat untuk beribadah sebahagiannya adalah kerana pengorbanan daripada isteri kalian. Maka, hargailah.

Jadi, sama-sama dapat pahala. Sama-sama dapat kelebihan Ramadan. Suami dapat beribadah, isteri dapat berkhidmat.

Begitulah.

Tak usah gaduh-gaduh ya. Haha.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen