Apa Yang Kita Tahu Mengenai Hutang?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai hutang, apa yang terlintas difikiran anda? Adakah ia berkaitan dengan wang-wang yang anda pinjam dari orang sekeliling anda? Ataupun ia melibatkan pihak bank, orang sekeliling, bil-bil harian ataupun pinjman dari Ah Long.

Hutang ini mampu membuat seseorang tidak boleh tidur lena di malam hari, bahkan ia juga mampu membuat seseorang melakukan beberapa kerja untuk memastikan bahawa segala hutangnya selesai dengan segera.



Tidak hanya itu sahaja, ada juga yang merasakan pada umur 30 an atau 40 an, kita sudah tidak boleh melakukan hutang malah sepatutnya mempunyai hidup yang selesa. Mari kita sama-sama fahami mengenai hutang daripada penulisan Alice Farah ini.

Ramai salah tafsir, bila sebut pasal hutang mesti ingat

• Hutang dengan kawan-kawan

• Hutang dengan adik beradik

• Hutang dengan isteri

• Hutang dengan skandal

• Hutang dengan awek

Betul ke betul?

Semua yang saya sebut di atas, merupakan fakta. Tetapi ada lagi hutang keutamaan yang menentukan tahap disiplin kita untuk urus iaitu komitmen setiap bulan. Ia adalah di antara berikut;

• Loan kereta

• Loan rumah

• Bil api, air dan astro

• Bil handphone

• Insurans

• Hutang Kredit Kad

• Nafkah isteri

• Duit saku ibu

• Sedekah zakat

Saya jamin anda pernah alami, bayaran tertunggak hampir beberapa bulan. Betul betul?

Segala komitmen kita juga adalah HUTANG ya adik-adik. Sebab kita dah guna barang/ servis, jadi jika kita sudah guna dan tak bayar, maka jadi apa?

Saya sering tekankan, pentingnya disiplin diri. Baca buku untuk urus kewangan, salah satu buku yang cukup dengan formula dan latihan di tulis oleh Sifu Hafizul Hakim .

Formula dan Latihan, penting.

Upgrade diri dengan membaca, hadir kelas “are essentials” . Saya sendiri baca, bertanya, hadir kelas. Kerana saya faham sesuatu proses perubahan akan lebih efektif dengan adanya mentor.

Set afirmasi yang tepat, kita mula dengan

“Saya mahu urus kewangan saya dengan lebih baik. Saya berjanji tidak menambah hutang baru yang tidak perlu.”

Kemudian, sediakan satu journal untuk catat segala credit debit perbelanjaan kita dan yang paling penting kita tulis apa yang mahu kita capai dalam “Financial Goals” kita.

Saya jamin, setelah kita benar-benar melatih diri, akan muncul ketenangan ekstrim dalam diri kita, cuba ok.

Saya senaraikan semula formula dan latihan

1. Afirmasi

2. Tulis apa yang mahu kita capai “ Financial Goals” contoh, simpanan emas setiap bulan 1 dinar. Yang realistik dan sesuai dengan kemampuan kewangan

3. Sediakan journal untuk catat kredit dan debit

4. Kredit Kad – boleh potong dan selesaikan semua yang tertunggak, hati-hati dengan “minimun payment” , jangan terlibat dengan RIBA.

Sekian, semoga bermanafaat.

“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari”
Hadis Soheh Imam Al-Bukhari

Alice Farah
Your Trusted Gold Educator

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen