Hukum Mendoakan Kematian Untuk Diri Sendiri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai kematian ini, pasti orang-orang Islam mahu berakhir di dalam keadaan yang baik bahkan disaat waktu dan hari yang baik. Ini kerana, ada yang berpendapat bahawa seseorang yang meninggal disaat hari dan waktu yang baik itu menandakan bagaimana kehidupan dan amalan mereka disaat di dunia ini.

Pernah atau tidak kita dengar seseorang itu mendoakan kematian buat dirinya sendiri. Di mana ia memohon untuk pergi dalam keadaan dan hari yang baik serta dikagumi oleh orang-orang lain. Namun, boleh atau tidak kalau kita berdoa kematian untuk diri kita sendiri?



Kematian itu sudah pasti bagi setiap makhluk ALLAH yang bernyawa. Namun, bila dan bagaimana cara kematian itu, hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui. Adakah kita dibolehkan untuk berdoa untuk kematian?

Sebenarnya, berdoa untuk kematian adalah perkara yang tidak disukai dalam Islam. Makruh hukumnya lebih-lebih lagi apabila ia disebabkan oleh perkara-perkara yang bersifat duniawi.

Sabda Rasulullah SAW: "Janganlah salah seorang daripada kalian sekali-kali mengharapkan kematian disebabkan kerana bahaya yang menimpanya. Apabila mahu juga mengharapkan kematian, maka hendaklah dia berdoa: 'Ya ALLAH, hidupkanlah aku selama hidup itu lebih baik untukku dan wafatkanlah aku apabila kematian itu lebih baik untukku'." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam Syarah Sahih Muslim, Imam al-Nawawi berkata: "Pada hadis itu, terdapat penjelasan tentang dimakruhkan mengharapkan kematian kerana ada bahaya yang menimpa dirinya seperti penyakit, kemiskinan, cubaan hidup ataupun yang sejenisnya daripada ujian dunia."

Bagaimanapun, berdoa untuk kematian adalah sunah sekiranya berada dalam situasi berikut:

1. Seseorang yang khuatir kelangsungan agamanya kerana fitnah.

Rasulullah SAW bersabda: "Dua hal yang dibenci oleh manusia iaitu kematian, padahal kematian itu lebih baik bagi orang mukmin daripada fitnah dan membenci sedikitnya harta, padahal sedikitnya harta itu lebih ringan untuk hisab." (Musnad Ahmad)

2. Seseorang yang mengharapkan mati syahid dalam jihad di jalan ALLAH SWT.

Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang meminta mati syahid kepada ALLAH dengan sungguh-sungguh, maka ALLAH akan mengangkat darjatnya sehingga ke darjat para syuhada walaupun dia mati di atas tempat tidurnya." (Riwayat Muslim)

Apapun, jangan sesekali kita meminta kematian disebabkan hal-hal dunia. Marilah sama-sama kita tingkatkan bekalan amalan kita untuk saham akhirat nanti.

(Sumber: Mustafar Mohd Suki)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen