Isteri Walaupun Tidak Berkerja, Mereka Ini Perlukan Rehat Juga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesetenagh orang ingat jadi suri rumah ini tidak penat. Yelah, suri di rumahkan, hanya goyang kaki dan tunggu suami pulang ke rumah sahaja. Sedangkan suri rumah adalah satu perkerjaan yang sangat memenatkan. Mana tidaknya, mereka ini tak ada waktu rehat malah terpaksa bersiap sedia selama 24 jam sehari 7 hari seminggu.

Kadang kala ada yang beranggapan bahawa mereka ini hanya duduk rumah sahaja tanpa melakukan apa-apa, tapi cuba fikir kembali kalau takada suri rumah ini macam mana rumah boleh kemas, baju boleh tersidai dan terlipat rapi, makanan siap terhidang malah anak-anak semuanya bersih serta tidak comot. Siapa lagi yang akan lakukan semua ini kalau bukan suri rumah kan?

Jadi suami-suami tidak salah kalau beri isteri anda itu rehat sebentar dengan membantunya menguruskan anak atau menguruskan rumah, macam yang dikongsikan oleh saudara Syafiq Ridhwan ini.



Isteri yang bekerja juga, dia juga perlukan rehat. Dan isteri, yang mana anak-anak dia ramai, lagilah perlukan rehat.
Belum sempat dia selesaikan satu-satu kerja, dia terpaksa berhenti kejap untuk beri tumpuan pada anak nombor satu. Belum sempat dia mulakan kerja nombor dua, anak yang kedua pula sudah menangis hentak-hentak kaki.

Tapi, dia cekal bersabar dalam melayan karenah anak-anak. Pada dia, itulah cabaran membesarkan anak-anak. Tak akan pernah sekali dia merungut dan menyerah kalah.
Itu belum lagi kedengaran,

“Ibu nak ini, ibu adik menangis, ibu tengok ni abang usik adik!”

Semua perkara tersebut akan dilaporkan kepada isteri. Dan ketika mana suami ke kerja, dia berhempas pulas membahagikan masa di rumah untuk melayan karenah anak-anak.

Kadang-kadang, sekuat mana dia cuba bertahan, ada juga masanya dia hilang sabar. Ada juga emosi dia menjadi tidak stabil. Ada masanya dia marah. Dan ada juga masanya dia mengalami depresi dek kerana tidak dapat menanggung kesemua bebanan.

Malah, ia akan menjadi lebih parah bila,

“Awak boleh tak jaga bebudak tu. Terjerit sana, terjerit sini!” suara dari suami mengarahkan isteri untuk menjaga anak-anak sedangkan dia duduk di beranda menghisap rokok.

“Apa benda awak masak ni, rasa dia pelik” tegur suami tidak berlapik ketika menjamah masakan isteri.

Walhal, si isteri berusaha sebaik mungkin menyiapkan sarapan pagi sebelum suami pergi kerja. Sedaya upaya memastikan makan malam sudah terhidang ketika mana suami pulang ke rumah walaupun berperang dengan emosi untuk menjaga anak-anak sekali.



Ramai orang tak tahu, rahsia untuk menghilangkan segala penat isteri dari awal pagi bawa ke malam itu semudah dengan menghamburkan pujian sahaja. Dia tak minta lebih pun.

“Sedapnya awak masak” walaupun masa suami telan, berperang garam dalam mulut. Berperang gula dan nisbah air liur untuk memastikan makanan itu memasuki tekak.

Ya, sekadar dengan satu pujian saja, sudah mampu memadamkan segala jerih kepenatan isteri seharian.

Dan boleh saja bila ada masa free, suami meringankan beban isteri dengan membasuh pinggan dan periuk selepas isteri memasak. Memandikan anak-anak ketika mana isteri mengemas. Membawa isteri berjalan-jalan dan membelikan sedikit barang yang dia inginkan.

Percayalah, sesebuah ikatan kekeluargaan itu akan menjadi lebih erat dan kukuh bila mana suami sentiasa menjadi orang pertama dalam menyokong setiap tindakan isteri.

Sebab itu, ada orang kata, nak tengok suami itu berjaya atau tidak, lihatlah bagaimana dia melayan isteri dan anak-anaknya.

Baik di situ, maka baiklah semuanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen