Tolong Jangan Tanya 5 Benda Sensitif Ni Tentang Anak Orang Lain Bila Pergi Beraya Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak pergi menziarahi atau nak pergi membawang ini ke rumah orang. Kadang kala niat nak beraya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim itu sudah betul tapi bila tiba sampai rumah orang tersebut terjadi pula kegiatan membawang atau bergosip. Bukan itu sahaja, ada juga yang tidak peka terhadap perasaan tuan rumah yang terasa dengan sikap kita.

Ada sesetegah tempat yang dikunjungi itu mungkin ada kehadiran bayi yang kecil ataupun tuan rumah sendiri miliki anak kecil, janganlah pulak kita main sedap mulut aje tanya soalan yang pelbagai. Kadang kala kita kena peka, janganlah tunggu tuan rumah halau baru nak perasaan apa yang kita buat itu mengguris hati mereka.

Di sini Dr. Taufiq Razif Berkongsi 5 benda yang sensitif mengenai anak orang lain yang tidak perlu anda sibuk nak bertanya.



1. Kenapa bayi awak gelap?

Tak ada mak ayah di dunia ni yang boleh 'order' nak anak hitam ke putih. Warna kulit anak ditentukan oleh pigmen melanin kulit yang diturunkan melalui genetik & juga pengaruh sekelilingnya.

Kadangkala tu memerlukan lebih 6 bulan untuk si bayi tu mendapatkan tona kulitnya yang sebenar.

Bertanya tentang kulit anak hanya menyinggung perasaan si ibu yang baru habis menggadaikan nyawanya untuk kelahiran bayinya!



2. Kenapa kulit baby awak keriput dan tak cantik?

Memang itulah perkembangan kulit anak kita. Kalau korang tengok kulit baby baru lahir lagilah, kadang tu penuh dengan lapisan kuning seakan akan lapisan cheese ( vernix caseosa ) dan juga penuh dengan bulu halus ( lanugo). Kita dulu pun sama juga keriputnya!

3. Kenapa baby asyik menangis je tu? Mesti susu badan awak tak sedap kan?

Ingat, pantang paling keras untuk disebut di depan ibu sedang berpantang adalah bila kita komen tentang susu badannya!

Ibu ibu ni perlukan 'self esteem' yang tinggi dan motivasi yang kuat untuk menyusukan anak ni. Ramai ibu di luar sana yang menyerah kalah dan taknak menyusu anak dah sebab komen komen tetamu yang menjatuhkan moral dan penuh sindiran.

4. Kenapa baby awak tak macam anak saya?

Ni paling menyentap jiwa si ibu yang baru melahirkan. Jangan banding bandingkan anak anak gitu.

Setiap perkembangan anak berbeza dan takkan sama. Biarlah doktor yang tentukan samada anak orang tu ada apa apa masalah perkembangan ke tak.

Bandingkan anak hanya akan membuatkan si ibu tadi menjadi cemas (anxious mother)!

5. Kenapa muka baby tak sama dengan awak?

Punyalah si ibu ni kena hadap 9 bulan 10 hari si anak tu di dalam kandungan. Dengan muntah tak berhenti di awal kehamilan ( hyperemesis gravidarum ) sehingga lah merasakan kesakitan kontraksi rahim ( contraction pain) bila nak melahirkan.

Bila tengah melahirkan pula kena pula rasa hirisan episiotomy & segala risiko kematian ketika proses bersalin, tapi bila dah lahir orang duk kata si anak tu tak ada iras si ibu pun.

Ya Rabbi hancurnya lah hati si ibu tu. Jadi, nak komen apa apa tentang si anak tu kena lah sensitif dulu dengan perasaan dan emosi si ibu.

Jangan main main dengan ibu yang tertekan. Ingat, ibu yang tertekan ni kesannya bukan cuma pada si ibu je tapi bayinya akan ikut terkena sekali!

p/s : Tolong ajarkan ilmu ni pada yang lain ye. Sangat ramai lagi yang tak tahu tentang benda ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen