“Ubah Diri Demi Rumah Tangga Bahagia Bukan Menjadi Hipokrit, Tetapi Ia Adalah Tuntutan” Ikuti Kisah Ini.

Ada juga yang beranggapan, sekiranya menjadi seorang yang lebih bertanggung jawab dan lebih penyayang dalam rumah tangga, hanya hipokrit pada pasangan sahaja. Ia seolah-olah tidak menjadi diri sendiri demi pasangan dan pasangan perlu menerima dirinya seadanya.

Adakah terdapat perasaan hipokrit dalam rumah tangga? Adakah berkahwin dengan pasangan boleh menjadi seorang yang hiprokrit?

Ikuti kisah yang dikongsikan oleh saudara Hafizul Hakim ini…

********

“Maaf. Saya tak dapat nak layan isteri macam tu. Saya tak dapat nak jadi hipokrit.” Komen salah seorang warganet.

Terbaca salah satu komen pembaca di posting tentang melayan isteri dengan baik.

Tersentak sebentar aku. Adakah hipokrit perkataan yang betul digunakan. Klik profil fb, aku dapati ini bukan fake account atau cybertrooper. Tapi memang orang yang wujud. Saya muhasabah diri, reflek kepada diri dengan komen atas.

Mari kita lihat ‘into a big picture.’ Teringat masa mula-mula kami dapat anak dulu.

Kalau di ikutkan rasa hipokrit,

Boleh saja tekupkan telinga dengan bantal. Biar isteri melayan bayi yang baru lahir. Macam biasa bayi bangun jam 2-3 pagi. Hipokrit sebab tidur aku mesti cukup, tak nak diganggu.

Tapi dek kerana tanggungjawab, bayi itu disambut dari tangan isteri. Biarkan bidadari berehat. Jadi ayah yang mendodoi bayi sampai si comel tertidur.

Kalau ikut rasa hipokrit diri,

Nak aja belanjakan semua gaji yang diperoleh untuk keperluan diri sendiri. Baki dari duit tu baru diberikan dengan isteri dan anak-anak. Kalau tak cukup, bukan salah aku. Salah mereka tak pandai uruskan duit. Hipokrit sebab apa yang aku nak, aku mesti dapat.

Tapi dek kerana tanggungjawab, sebagai ketua keluarga kehendak sendiri diletak paling ulu. Keperluan tanggungan diselesaikan dulu. Biar untuk sendiri takde, tak ape.

Kalau ikut rasa hipokrit diri,

Aku nak hati diri sendiri happy dulu. Anak isteri tak gembira, itu bukan hal aku. Hal sendiri. Boleh keluar dengan kawan-kawan tiap malam. Janji aku happy kan.

Tapi kerana kasih sayang, kita sama-sama gembirakan pasangan masing-masing, suka lihat anak gelak ketawa. Itu nikmat yang paling tinggi hidup berkeluarga.

Yang kita ingat, hipokrit diri kita saja. Habis tu, rasa hipokrit orang lain terhadap kita tak pernah nak fikir ke.


Sekadar Gambar Hiasan; Kredit: Dwi

Kawan-kawan,

Kalau berubah menjadi seorang yang lebih penyayang itu bukan hipokrit. Jika jadi seorang bapa yang bertanggungjawab juga bukan hipokrit. Itu adalah perubahan yang dituntut.

Isteri yang dapat suami penyayang, ucapkan rasa syukur pada Tuhan. Jangan lupa ucap terima kasih pada suami tercinta. Kalau dia kat sebelah tengah berdengkur, pandang wajah suami. Cium pipinya.

Ingat ayat ni. Kebahagiaan bukan pada apa yang kita miliki, tapi pada yang kita rasa. Lumrah hidup berkeluarga, memang itu jalan yang kita pilih. Dah berkongsi hidup, kena ‘give and take’. Bukan hidup seorang, bawak kepala sendiri.

Kembali ke atas, adakah aku seorang hipokrit atau sebenarnya pentingkan diri sendiri.

“A real man loves his wife, and places his family as the most important thing in life. Nothing has brought me more peace and content in life than simply being a good husband and father.”

Semoga keluarga kita bahagia dunia dan akhirat. Aamin!

********

Semoga Kita Tidak Salah Tafsirkan Tuntutan Dan Tanggung Jawab Dalam Rumah Tangga!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen