“Perempuan Kalau Nak Suruh Lelaki Beli Sesuatu, Kena Specific, Sebab Lelaki Ni Lurus..” Ikuti Kisah Lucu Ini.

Sudah sedia maklum, kita pasti sudah mengetahui perbezaan pemikiran antara kaum lelaki dan perempuan, antaranya apabila membeli belah. Pada mulanya, kaum lelaki akan aim barang yang mereka mahukan dan terus selesaikan misinya. Lain halnya dengan kaum wanita, selain barang yang diinginkan, tiba-tiba barang yang tiada dalam list pun ada dalam troli.

Lelaki ni bukan sahaja direct to the point, malah kadang-kala terlalu lurus ikut pesanan atau arahan yang diberikan oleh wanita seperti kisah yang dikongsikan oleh saudara Mohd Fhais ini…

********

Lelaki Ni Lurus Bertempat.

Semalam geli hati betul bila tengok mak mertua dan anak lelaki dia merangkap adik ipar saya berdebat tentang air sirap bandung.

Mak ni pesan kat anak tolong belikan air sirap bandung kat bazar. Si anak ni memang rajin cari air di bazar. Pergilah dia cari air kat bazar.

Bila balik dari bazar dia cakap air sirap bandung tak ada. Air lain-lain ada la. Air yang dia bawa balik ada air mangga dan tembikai.

Masa ni memang tak cerita apa pun, hanya cakap air bandung tak ada.

Ketika berbuka si mak ni tadi tak puas hati. Tak kan bazar besar-besar tu tak ada jual air bandung. Kan air bandung ni biasa orang jual.

Pada mulanya si anak ni tak cakap apa-apa, hanya diam dan makan.

Lama-kelamaan bila mak masih tak boleh move on dari bersuara tentang sirap bandung baru dia buka mulut. Sirap bandung tak ada. Sirap bandung cincau ada la.

Dah semua atas meja ketawa.

Sirap bandung cincau tu sirap bandung la. Kenapa tak beli.

Image result for sirap bandung cincau

Si anak ni tadi pun cakap, kan ada cincau tu. Mak cakap nak sirap bandung je.

Semua dah berdekah. Kakak kakak yang duk buka sama-sama semua gelak. Geli hati dengan kelurusan si adik tadi.

Sebenarnya ini normal, lelaki bukan lurus dalam semua hal tapi dia jadi lurus dalam hal yang bukan buat untuk diri sendiri.

Makna dia buat untuk orang lain.

Kalau lain je sedikit dari arahan memang dia tak berani nak tukar sesuka hati sebab takut nanti salah pula.

Tapi lain pula kalau buat untuk diri sendiri, akal lelaki boleh jadi lebih panjang dari akal wanita. Benda mustahil pun dia boleh buat.

Jadi nasihat saya pada wanita, kalau nak beri pesanan pada orang lelaki tolong sediakan lebih dari 1 pilihan, dan pastikan pilihan terakhir sekali ada selit kat belakang ayat "Mana yang abg rasa sesuai"

Wallahu A'lam,

Biasanya lelaki lurus ni ciri-ciri suami mithali.

********

Kisah penulis pula, saudara lelaki ambil daun serai sahaja. Serainya tak ada. =P

Image result for daun serai

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen