Matlamat Bebas Hutang Diusia 30an, Ini Perkara Yang Wajib Anda lakukan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa hari ini telah berada dalam usia 30an? Apa yang telah anda capai pada hari ini dan berapa banyak hutang yang telah anda hasilkan? Bahkan berapa banyak pula hutang yang telah anda selesaikan? Tidak hanya itu, apa yang telah anda miliki pada usia ini?

Pada usia ini, ia bukan saat untuk menambah hutang mahupun berangan-angan lagi. Pada ketika ini, anda seharusnya telah mula memikirkan masa depan dengan lebih mendalam lagi. Tidak kiralah baru memasuk usia 30an ke atau bakal ke 40an ke ini perkara yang perlu anda titikberatkan kalau ingin hidup yang selesa.

Jom kita ikuti perkongsian dari Hafizul Hakim ini. Ayuh kita bertindak segera.



“Kini aku di fasa usia 30 an, matlamat untuk bebas dari hutang! Aku bukan anak orang kaya, boleh pinjam duit daddy kalau ada financial problem.”

1. Matlamat utama untuk bebas dari cengkaman hutang jahat sebelum umur 40 tahun. Kalau tiada hutang, tiba masanya kita tambah aset.

Usia ini sepatutnya nilai aset sudah lebih dari liabiliti.

2. Mulakan simpanan secara agresif misalnya emas fizikal, sewa rumah dan pendapatan pasif yang lain.

Pastikan ia bermula dengan pencarian ilmu yang betul dan patuh shariah.

3. Cari peluang jana pendapatan misalnya melalui kemahiran yang ada misalnya menjahit, memasak, upah tukang, buat wiring elektrik dan mengajar kelas tambahan.

Kalau tiada kemahiran, jangan lokek keluarkan duit belajar pergi kelas untuk belajar.

4. Tambah dana kecemasan dari 3 kepada 6 bulan gaji. Ini bagi memastikan kestabilan kewangan keluarga ke tahap lebih selamat.

Andai apa-apa berlaku misalnya diberhentikan kerja kita dapat survive seperti biasa untuk tempoh 6 bulan sebelum dapat pekerjaan baru.

Oh ya, takaful jangan lupa! Ambik yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan anda.

5. Bina dana pendidikan anak-anak menerusi instrumen aset misalnya sewa hartanah atau simpanan emas. Aset kalis inflasi tak seperti nilai wang yang jatuh lebih cepat dari nilai pulangan dividen tahunan.

“Saya beli apartment ini untuk kegunaan anak belajar kelak. Andai kata saya pencen, hutang mesti dah habis jugak. Tapi sewa tetap berjalan. Tak perlu berhutang PTPTN!”

6. Sementara masih muda, lakukan dua kerja dan simpan semaksima mungkin. Ambik upah pandu GRAB, target misalnya pendapatan RM500 khusus tabung simpanan.

7. Elakkan diri dari terlibat skim cepat miskin. Tolonglah. Kalau ada yang janji bagi pulangan tetap setiap bulan (fix return) pasti ianya scam.

Korang tahu tak, duit yang dapat tiap bulan tu adalah kepunyaan diri sendiri? Diorang recycle je!

8. Elak buat hutang personal loan atau credit card. Ada sahabat dipaksa keluarga sendiri untuk ambik pinjaman peribadi untuk balas jasa mereka.

Bukan itu caranya bang!

9. Beli buku Fadhilat Sedekah, amalkan amalan bersedekah. Anda akan dihapuskan dosa, mendapat naungan di akhirat dan harta tidak akan berkurang!

Cukup nisab, bayar zakat. Setakat hari ini, belum ada lagi orang jatuh muflis sebab bayar zakat dan bersedekah.

Makin kaya itu ada!

10. Beritahu kepada pasangan tentang matlamat kewangan anda. Ada pasangan punya misi yang sama, adalah lebih bagus dan pasti akan capai tujuan.

Usaha, doa dan tawakkal. Buat penting buat tindakan segera!

SHARE jika bermanfaat

Hafizul Hakim
Tinggal 5 tahun lagi cecah usia 40!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen