Penyakit Jilat Jin Ini Gegata Rupanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila badan mula gatal-gatal bila tiba waktu magrib sahaja, mulalah kata bahawa anak itu terkena jilat jin. Nama sakit ini pun dah menakutkan tapi betul kea da sakit sebegini? Maka si ibu dan ayah ini mula merata cari dukun lah bomoh la apa segala bagai tetapi masih belum sembuh juga. Apa yang terjadi, si anak itu terpaksa menanggung gatal yang teramat sangat.

Apa salahnya kalau anak sudah rasa gatal-gatal itu bawak sahaja mereka ini jumpa doktor. Takpayah nak pusing kampung cari ubat yang belum tentu mujarab itu. Kalau jumpa yang pakar, in syaallah segala ubat dapat diubati.

Macam perkongsian dari Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai penyakit jilat jin atau sebenarnya gegata.



Ruam seperti ini adalah tanda alahan atau alergik. Nama-nama yang biasa digunakan selain daripada jilat/ludah jin adalah:



◾B. Melayu: gegata, kelopak garam

◾B. Inggeris: wheals, hives

◾Perubatan: urticaria

Alahan adalah reaksi tubuh terhadap allergen, atau bahan alah yang merangsang tubuh menghasilkan histamine. Histamin inilah yang menghasilkan gejala-gejalan alahan.

Gejala alahan yang lazim adalah urticaria, diikuti dengan semput, bengkak dan pengsan akibat tekanan darah rendah.
Urticaria selalunya ruam yang timbul dan leper (bintat), berwarna kemerah-merahan, dan gatal. Gatalnya selalu digambarkan sebagai merenyam atau miang, dan sedap bila digaru.

Jika alahan tidak serius, urticaria akan hilang sendiri dalam masa 24 jam, namun jika ragu-ragu anda digalakkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Rawatan urticaria:

◾Antihistamine (hilangkan gatal)

— Contoh: chlorpheniramine, cetirizine, loratadine

— Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi

◾Losyen/krim (hilangkan kerengsaan)

— Contoh: calamine, pramoxine

— Boleh dibeli di farmasi tanpa preskripsi

◾Steroid pil atau suntikan (jika alahan teruk)

— Contoh: prednisolone, betamethasone

— Perlukan preskripsi doktor

Jika alahan kerap berulang dan alergen tidak dapat dikenalpasti, doktor mungkin merujuk anda kepada pakar kulit untuk ujian alergi untuk mengenal pasti punca alergi.

Mengenal pasti alergen bukan perkara mudah kerana setiap orang alah kepada benda berlainan, mungkin sesuatu yang dimakan, dihidu, bersentuh dengan kulit/mukosa, sengatan haiwan, sinaran matahari atau suhu sejuk.

Doktor pakar akan cadangkan ubat sesuai dengan keadaan pesakit.

Walaupun urticaria ini digelar jilat/ludah jin, ia bukan akibat perbuatan jin. Ia berlaku akibat kita terdedah kepada alergen. Mungkin kita kena ubah namanya kepada jilat/ludah alergen.

Semoga bermanfaat!

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Doktor Komuniti Anda

Nota: gambar tangkap layar yang sedang viral ketika ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen