Tersangatlah Beruntung Seorang Lelaki Itu Apabila Beristerikan Isteri Solehah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagikan satu rahmat yang besar apabila seorang lelaki itu dianugerahkan seorang isteri untuk dijadikan sebagai peneman hidup malah penyeri hari-harinya. Setiap lelaki pasti mengimpikan seorang wanita yang baik serta solehah sesuai untuk dijadikan isteri malah ibu kepada anak-anaknya.

Sebab itulah apabila mencari jodoh, seseorang itu perlu memandang 4 perkara ini, iaitu agamanya, keturunannya, harta dan rupanya.

“Wanita dikahwini kerana empat hal: Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (Hadith Shahih Riwayat Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

Amat jelas di situ Rasulullah saw. menyarankan agar kriteria paling penting dalam mencari jodoh, ada 4 tetapi antara empat itu ada satu yang paling penting iaitu agamanya.



Namun jika seorang lelaki itu memiliki seorang isteri solehah maka, sudah pasti mereka ini terdiri daripada mereka-mereka yang sangat beruntung. Ramai yang tidak tahu banyak bezanya jika seorang lelaki itu memiliki isteri yang solehah berbanding dengan isteri yang biasa-biasa.

Nak tahu apa bezanya?

1. Menyenangkan

seorang isteri yang solehah begitu menyenangkan suaminya. Di mana apabila suaminyta berdepan dengan segala ujian dan halangan dalam hidup, seorang isteri solehah akan cuba untuk sentiasa menghiburkan hatinya malah melindunginya. Bukan itu sahaja, apabila dalam keadaan penat mencari rezeki, isteri solehah ini tahu menyambut kepulangan suami dengan senyuman manis malah menyenangkan hati si suami itu. Bahkan ia juga sentiasa memgambil berat akan suaminya dengan baik.

2. Patuh pada suami

Beruntungnya apabila memiliki isteri solehah ini adalah mereka ini akan sellau dan segera memenuhi panggilan suaminya. Segala kata suami yang tidak melanggar di sisi agama akan dituruti tanpa bantahan yang menyakitkan hati suami. Berusaha membuat suami bahagia.

3. Menjaga kehormatannya

Isteri solehah ini juga seorang yang setia dan sentiasa menjaga kehormatan dirinya. Apabila suaminya tiada di rumah, dia akan sentiasa melindungi dirinya dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Dirinya tidak mengambil kesempatan dengan kepercayaan yang diberikan kepada suaminya malah sentiasa berwaspada dengan orang yang bukan muhrim dengannya.

4. Sentiasa menjaga amanat suami

Apabila suami keluar berkerja, si isteri solehah ini akan sentiasa menjaga harta dan amanat suami dengan baik. Dirinya tidak akan menghancurkan sebuah kepercayaan yang diberikan kepadanya. Malah akan sentiasa menunggu suaminya dengan taat.

Ini adalah beberapa perkara yang anda boleh lihat jika memiliki seorang isteri solehah. Namun begitu, janganlah anda merasakan isteri-isteri biasa ini tidak begitu sesuai dijadikan isteri. Sebenarnya, isteri solehah ini datang dari didikan suami yang soleh malah dari lelaki yang baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen