Fasha Sandha Kongsi Tips Untuk Mendapatkan Zuriat, Dengan Ubah Cara Berdoa.

Dikurniakan cahaya mata pasti memberi sinar pada setiap pasangan suami isteri. Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata kerana ia bakal membuatkan hubungan kekeluargaan semakin kuat, walaupun mempunyai tanggung jawab yang berganda.

Tidak kira baru berkahwin atau sudah bertahun-tahun lamanya, pasangan suami isteri pasti akan menunggu zuriat dengan setia. Namun pada mereka yang masih belum dikurniakan anak, boleh ikuti tips dari pelakon, Fasha Sandha, dimana beliau baru sahaja menerima berita baik itu beberapa hari lepas.

********

Fashasandha;

Syukur Alhamdulillah.

Kali ke dua nampak suami mengalirkan air mata semalam(kali pertama di hari pernikahan kami)

Rasanya terlalu awal untuk berkongsi kerana kehamilan ini terlalu awal, tak mengapa, Redha.

Semoga kandungan ini selamat sehingga melahirkan.

Ramai bertanya, apakah tips mudah hamil?

Ramai juga DM untuk mengadu dan bertanya tips untuk bahagia di peluang kedua, ada mengadu kahwin dah lama tapi belum hamil, ada juga DM mintak kekuatan selepas penceraian.

Saya ingin kongsi pada semua,

Jawapannya adalah ‘Doa’, Percayalah pada keajaiban Doa. Its Miracle.

Selepas Pada bulan pertama berkahwin, suami bertanya saya, adakah saya hamil, jawapan saya ~ belum lagi sayang. Dia kata dia nak cepat dapat baby sebab kawan-kawan di umur dia kebanyakan dan 2-3 anak.

Oh.. dia nak mintak baby cepat.

Bila masuk bulan kedua, saya terus menukar pattern doa saya, saya tambah kan ayat lain dalam doa, dan saya berusaha, syukur Allah makbulkan dalam masa yang singkat.

Kepada yang telah lama berkahwin dan masih menunggu saat ini, cuba ikut cara ni, tukar dan tambah ayat dalam doa, Allah Maha mendengar. Kalau nak merayu, merayulah pada Nya. Syukur Alhamdulillah, Allah maha mengetahui.

Kepada yang bertanya, macam mana nak dapat kekuatan dan bagi peluang pada orang baru, hmmm macam ni lah..Saya sendiri pun tak pernah terpikir saya akan kahwin kali ke dua sbb terlalu selesa menjadi ibu tunggal. Tiba-tiba je Allah buat kita terkenal tanpa dirancang, dan sama-sama tersuka, dan dan selamat menjadi suami isteri.

Lagi satu, selalu kena ingat ‘ semua dalam dunia ni adalah ‘Pinjaman’, Allah yang bagi, dan Allah berhak ambil balik bila2 masa je, cuma kita teruskan berdoa agar Pinjaman Allah ni berkekalan sehingga ke Akhir hayat, Insyaallah.

Tahniah encik suami kerana berjaya menjadi ayah kepada 3 anak. (2 anak instant dan 1 anak kita) Insya Allah kalau ada rezeki dan dipermudahkan,due date pada jatuh pada 2 Feb 2020. Syukur.

********

Tahniah dan Semoga Dijadikan Inspirasi!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen