4 Sikap Utama Ini Menandakan Hubungan Anda Dengan Dia Memang Patut Berakhir.

Pergaduhan, perbalahan mahupun pertelingkahan sering berlaku dalam perhubungan manusia termasuklah pada mereka yang sedang hangat bercinta. Ini kerana cinta tidaklah sentiasa indah dan sempurna. Apatah lagi mereka yang sudah berkahwin, cabaran ketika membina rumah tangga sudah tentu kita ketahuinya.

Apa jua hubungan yang kita jalinkan, pasti ada tanda-tanda yang menunjukkan kita perlu berpisah dengan si dia supaya hubungan tersebut tidak menjadi lebih toksik. Dua-dua pihak tidak lagi bahagia dan berasa ‘sakit’.

Tanda-tanda ini dapat dikesan sekiranya anda atau pasangan mula mempunyai 4 sikap utama ini…

1. Terlalu suka MENGKRITIK.

Kadang-kala secara tidak sedar, kita akan suka mengkritik pasangan kerana ia sentiasa berlaku dalam kehidupan kita dalam apa jua situasi. Apabila sudah menjadi kebiasaan, perasaan pasangan sudah tidak menjadi kepentingan kita, lalu sering mengkritik dirinya dengan ayat yang negatif.

Mungkin andaian anda adalah untuk menegur, tetapi sebenarnya tidak.

Sebagai contoh Situasi 1:

“Awak selalu sibuk dan tak ada masa. Awak memang orang yang pentingkan diri!”

Dialog di atas tidak akan menyebabkan pasangan sedar tentang sikap yang perlu diubah. Sekalipun ia mungkin benar, pasangan akan lebih rasa tercabar.

Situasi 2: “Fikiran saya kusut hari ni, boleh luangkan masa untuk dengar saya cerita?”

Perbandingan ayat-ayat di atas dapat dilihat bahawa, situasi 1 lebih negatif jika dibandingkan dengan situasi nombor 2.

2. Terlalu suka MENGHINA.

Mengkritik tidak semestinya menghina, namun dua-dua sikap ini sememangnya negatif. Akan tetapi menghina adalah sikap dimana anda atau pasangan suka merendahkan martabat masing-masing seperti mengejek atau menyindir.

Malah adanya gelaran yang menghina seperti kata-kata carutan melalui fizikalnya dengan menyebut nama binatang.

Apabila sudah tahap menghina, ini bermaksud anda atau pasangan sudah tidak lagi bernilai pada mata masing-masing.

3. Terlalu suka DEFENSIF.

Sikap ini menunjukkan anda atau pasangan suka menjadi mangsa keadaan iaitu sanggup mempertahankan diri supaya kelihatan tidak bersalah. Situasi ini juga boleh dipanggil sebagai Play The Victim.

Situasi ini bakal membuat hubungan anda dengan si dia bertambah menjadi negatif sehingga menjadi toksik.

Situasi: “Awak ada beritahu mak yang kita tak jadi balik rumah mak hari ni?”

Respon yang defensif: “Saya sibuk lah, awak pun tahu. Awak tak buat apa-apa kan, kenapa tak awak je yang beritahu?”

Situasi sebegini akan berpanjangan sehingga tidak boleh diselesaikan.

4. Terlalu suka MENGELAK.

Mengelak dalam situasi ini adalah mempunyai sikap yang suka larikan diri daripada masalah. Ia dipanggil Stonewalling yang bermaksud anda atau pasangan akan berhenti bercakap secara tiba-tiba, berhenti memberi reaksi, respon, mengalihkan perhatian dengan ‘buat-buat sibuk’ atau menukar topik.

Malah reaksi pasif yang lain.

Tindakan ini secara tidak langsung akan menutup ruang untuk berbincang dan menyelesaikan konflik secara sihat. Malah pasangan rasa seperti ‘ditinggalkan’ sendirian dalam masalah tersebut.

Ramai yang mungkin pernah memberi reaksi seperti ini terutama apabila terlalu marah dan geram. Kadang-kadang ia menjadi perkara yang biasa dilakukan dan sukar di ubah.

Sekiranya ini yang sering terjadi dalam hubungan kalian, anda perlu…

 “Saya rasa marah sangat sekarang. Boleh tak kita bertenang sekejap dan bincang perkara ni sejam lagi”

Kadang-Kala Ada Sebab Sebuah Perhubungan Itu Perlu Berakhir!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen