Lelaki Ini Beri Nasihat Jangan Menghukum Anak Dengan 5 Cara Ini, Bahaya!

Dalam mendidik anak-anak, kadang-kala pasti akan membuatkan para ibu bapa menjadi hilang sabar. Sebagai insan biasa, siapa sahaja yang mampu mengawal kemarahan ketika hilang sabar, akan tetapi setiap hukuman yang diberikan perlulah berpada-pada seperti nasihat daripada saudara Taufiq Razif ini…

Image may contain: text

Antara cara tersebut ialah:

1. Pukul Muka.

Pukulan di muka dan kepala bukan sahaja dilarang di dalam agama boleh juga menyebabkan kecederaan dalaman yang lebih parah seperti gegeran pada otak ( concussion ) dan juga perdarahan di dalam otak.

2. Menampakkan kemarahan secara melampau.

Kesalahan anak ada masanya perlu dibetulkan dengan hukuman tetapi apabila kita sebagai ibubapa menghukum mereka dalam keadaan emosi yang tidak stabil anak akan menganggap hukuman yang kita berikan itu sebagai pemuas nafsu amarah kita.

Jangan terkejut kalau anak kita boleh berdendam dengan kita kalau kita terus menghukum mereka dengan kemarahan yang tidak terkawal.

3. Memukul sehingga cedera atau luka.

Rotan dibolehkan dalam agama tetapi jangan sampai meninggalkan lebam atau bekas. Lebam itu pun sendiri sebenarnya terhasil daripada pembuluh darah yang pecah di bawah kulit. Sebenarnya rotan dibolehkan sebagai simbolik hendak mendidik sahaja. Bukan sebagai cara hendak melepaskan rasa marah mak ayah pada anak sendiri.

4. Hypercritical dengan anak sendiri.

  • Anak tertumpah air sedikit kita bebel.
  • Anak tersilap sikat rambut sedikit kita marah.
  • Anak tidakk sengaja tumpahkan makanan sedikit pun kita melenting.
  • Anak tersalah pakai selipar pun kita sudah mula naik angin dan membebel tidak berhenti.

Mak ayah yang hypercritical ini bukannya tidak sayang anak tetapi ada benda yang tidak selesai dengan emosi dalamannya. Kalau tidak dikawal, lama kelamaan ianya boleh bertukar menjadi penderaan lisan tanpa sedar ( verbal abuse ).

5. Memaki dan mengherdik tidak berhenti.

Emosi anak kita tersangat rapuh. Bukan cuma fizikal anak sahaja sedang berkembang, emosi mereka pun sebenarnya sedang berkembang. Apa sahaja benda yang boleh mencederakan perasaan akan sangat membantutkan perkembangan emosi anak kita.

Sampai satu tahap makian dan herdikan ibubapa boleh bertukar menjadi penderaan emosi ( emotional abuse ). Anak-anak yang biasa terkena penderaan emosi ini akan tertinggal dalam pelajaran, kurang keyakinan diri dan akhirnya boleh bersikap ganas terhadap kawan-kawan dan juga adik beradiknya sendiri.

*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya hukuman yang diberikan kepada anak-anak tidak membawa kepada penderaan fizikal ataupun mental. Hal ini kerana anak-anak merupakan anugerah Tuhan yang tiada gantinya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen