Peguam Syarie Ini Kongsi Mengapa Hak Penjagaan Anak Sentiasa Dipihak Ibu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah perebutan hak penjagaan anak-anak ini bukanlah satu perkara yang baru. Baik si bapa mahupun si ibu masing-masing mahu menjaga darah daging mereka. Namun begitu, siapa yang lebih berhak untuk menjaga serta mendidik anak-anak ini?

Biasanya kita tengok dalam drama-drama tv ataupun dalam realiti sekalipun, jika berlakunya perpisahan atau penceraian suami isteri maka anak-anak selalunya akan ikut ibu mereka. Tidak kiralah apa punca penceraian sekali pun. Pasti ramai yang akan tertanya-tanya terutama bapa-bapa yang ingin tahu kes yang bagaimana pula membolehkan anak-anak ini mengikut bapa mereka?



Isu-isu sebegini sememangnya menjadi tanda tanya yang memerlukan orang yang mahir dalam bidang ini untuk memberi penjelasan. Maka dengan itu, mari kita sama-sama fahami perkongsian dari Peguam Syarie, Muhammad Syarafi ini.

Berkenaan isu kelayakan hak jagaan anak ni sebenarnya dah ulas sebelum ni tapi mungkin sahabat yang bertanya ni kurang faham situasi hak penjagaan anak bagi pasangan yang bercerai ni macam mana.

Takpelah, disebabkan sahabat ni pun antara orang yang saya selalu berurusan jual beli barang kamera dan lain-lain barang berkaitan, marilah kita terangkan sekali lagi berkenaan isu ni dan harapnya penerangan RINGKAS ni dapat beri pencerahan berkaitan isu hadhanah atau hak penjagaan kekal.

Jangan tau sebut je!

Yang pertamanya korang perlu faham, bila mana pihak-pihak sah saja bercerai dan punyai anak yang masih dibawah usia mumaiyyiz (usia di mana anak tu tadi sudah mampu melakukan urusan seharian secara sendiri dan boleh membezakan antara perkara baik dan buruk), anak tu secara automatiknya dari sudut penjagaan kekalnya akan pergi kepada ibu dan turutan yang mengikutnya dibelakang melainkan 5 sebab:

1. jika perempuan (ibu) itu berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu yang orang itu dilarang berkahwin dengan kanak-kanak itu, jika penjagaannya dalam hal sedemikian akan menjejaskan kebajikan kanak-kanak itu tetapi haknya untuk penjagaan akan kembali semula jika perkahwinan itu dibubarkan;

2. jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka;

3. jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu;

4. jika perempuan itu murtad;

5. jika perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

Keduanya, hanya dengan lima sebab ni saja baru lah hak penjagaan kekal yang pada asalnya tadi diserahkan kepada ibu tu akan berpindah milik kepada turutan di belakangnya:

Jika Mahkamah berpendapat bahawa ibu tu tadi adalah hilang kelayakan di bawah Hukum Syarak dari mempunyai hak terhadap hadhanah atau penjagaan anaknya, maka hak itu, hendaklah berpindah kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu—

(a) nenek sebelah ibu hingga ke atas;

(b) bapa;

Ini adalah yang ditetapkan oleh Undang-undang Syariah negara kita dengan bersandarkan kepada hukum syarak sebelum dijadikan sebagai undang-undang sedia ada.

(Kena cakap macam tu karang ada pulak spesis #bebalitis kata Undang-undang negara ni menyusahkan etc padahal dia sendiri yang bebal nak faham)

Ketiganya, bila mana si ibu tu tadi mendapat hak jagaan kekal makanya pihak satu lagi (bapa) akan mendapat hak wilayah atau disebut sebagai hak melawat dan bermalam bersama anak tersebut yang mana hak ni pihak-pihak perlu bincang secara bersama dari sudut pembahagiannya supaya dapat diagihkan secara sama rata sehingga anak tu tadi mencapai usia baligh.

Keempatnya, Isu nusyuz sebagaimana dakwaan dibawah tidak sama sekali akan menguggurkan hak penjagaan kekal ke atas anak tu kerana asasnya ialah selagi mana kebajikan anak itu terjaga dengan baik dibawah kawalan ibu tu, maka ibu tetap orang yang paling layak untuk menjaga anak tersebut.

Suami tak usah memandai-mandai kata "kau nusyuz nanti anak tu akan dapat kat aku haha!"

Anak umur 1 tahun tengah syok nak isap nenen lagi ko nak bagi nenen ape kat anak tu?

Kelimanya, kenapa Ibu bukan bapa?

1. Ibu nih lebih penyayang dan sabar menanggung bebanan nak jaga dan mendidik anak yang masih kecil nih.

2. Ibu nih lebih lembut dan mampu beri kasih sayang yang lebih diperlukan oleh anak yang masih kecil tu.

Dalil Hak Penjagaan ni adalah hak ibu sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w: Abdullah Bin Amru r.huma berkata: "seorang wanita datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata : "wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perut akulah yang mengandungnya, susu akulah yang diminumnya, dan riba akulah tempat ribaannya, Bapanya telah menceraikanku, dan sekarang dia ingin mengambil anakku:" Rasulullah s.a.w bersabda : "Kamu lebih berhak ke atas anak itu (daripada bekas suamimu) selagi kamu tidak berkahwin."

Keenamnya, Isteri yang tuntut cerai di Mahkamah pun bukan isu utama yang akan menguggurkan haknya dari mendapat hak penjagaan kekal ke atas anak tersebut.

Pokok takkan bergoyang kalau takde angin, sama lah juga dengan isu bila isteri mintak cerai di Mahkamah ni pasti ada something triggered yang dah buatkan isteri tu tadi tahan sabar begitu lama dan akhirnya meletup dengan cara mohon cerai dari Mahkamah.

Ketujuhnya, walaupun ibu tu tadi tiada pendapatan tetap atau hanya suri rumah sepenuh masa, selagi mana kebajikan anak itu terjaga maka kelayakan menjaga anak tetap akan kekal pada ibu tu tadi.

Kelapannya, dan ibu-ibu perlu faham ye, bila dah dapat hak jagaan kekal ke atas anak-anak tersebut jangan sesekali dinafikan hak seorang bapa untuk melawat dan bermalam ke atas anak-anak tersebut sebab asal wujudnya anak tu tadi adalah hasil dari hubungan kelamin pihak-pihak sebagai suami isteri jugak.!

Jadinya lama mana pun berpisah, jauh mana pun tinggal bila bab anak ni tolonglah ada 'common sense' sikit pada bapa terutamanya dengan cara berikan mereka ruang untuk semai kasih sayang pada anak tu juga.

Anak tu korang buat sama-sama kan? Ke anak tu masuk mesin doremon kendian keluar dapat muka masing-masing?

Regards,
Peguam Hipstur Patuh Syariah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen