Pilihan: Makan Gaji Vs Berkerja Sendiri, Ini Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak dapat kerja bukanlah satu perkara yang mudah, terutama jika anda baru sahaja tamatkan pengajian anda. Bukan itu sahaja, kadang kala kerana terbeban dengan tanggungjawab seseorang itu tercari-cari perkerjaan yang sesuai untuk dirinya sendiri.

Bukan golongan seperti ini sahaja yang tercari-cari hala tuju hidup yang selesa bahkan isteri-isteri serta ibu-ibu juga masih tercari-cari hala tuju yang dapat membantu keluarganya. Mungkin ada yang berkerja sebagai makan gaji tetapi selalu buat kira-kira masa dengan anak-anaknya, namun nak berkerja sendiri rasa tidak yakin.

Buat anda yang tercari-cari perbezaan berkerja makan gaji mahupun berkerja sendiri itu lebih sesuai atau mana yang lebih baik, mari kita lihat perkongsian dari Puan Marliya Ramli ini. Semoga ia membantu anda.



MAKAN GAJI VS BERKERJA SENDIRI

1 - Bekerja sendiri bukanlah semudah kerja makan gaji. Makan gaji dah tentu dah akan ada gaji di hujung bulan. Bos benci camne pun, gaji tetap masuk selagi berkerja.

2 - Company ada profit atau tak ada, kita tetap bergaji bila tiba masa. Tapi... Bila bekerja sendiri, cabarannya berbeza. Kita menentukan berapa luas poket kita.

3 - Bila berkerja sendiri/business atau freelance, kita perlu letak sasaran mingguan. Katakan di hujung bulan kita mahu RM10,000 maka sasarkan satu minggu wajib capai RM2,500.

4 - Jika tak capai minggu ini, minggu depan perlu gandakan usaha. Seminggu sekali masukkan RM2,500 ke akaun bank. Hujung bulan baru agihkan pada komitment. Macam bergaji hujung bulan baru agihkan. Lebih rendah risiko wang bocor melalui kaedah ini.

5 - Malah dengan cara ni boleh buktikan pada bank bahawa kita disiplin tinggi. Walaupun bekerja sendiri, di hujung bulan kita ada jumlah tetap mengikut sasaran. Elakkan wang keluar masuk, hujung bulan berbaki RM1,000 - RM2,000 je. Oh! Ini bermakna wang tak lekat dan berpusing terlalu laju. Bank tak suka.

6 - Bila bekerja sendiri, kita tak ada tabung persaraan. Maka, sertai skim KWSP i-Saraan. Dengan maksimum simpanan RM250, kita dapat sumbangan kerajaan sebanyak 15% setahun. Okay la kan? Maksimum setahun kita boleh menabung RM60,000. Paksa kan menabung ikut kemampuan.

7 - Ya... pulangan tahunan KWSP lebih rendah daripada simpan di PNB. Tetapi disiplinnya lebih kuat. Kita jelas matlamat simpanan i-Saraan adalah bagi tujuan persaraan. Sikit-sikit menabung, usia 55 tahun baru sentuh untuk persaraan.

8 - Sebolehnya disiplin waktu kerja ikut waktu pejabat. Keluar pagi dan balik bila dah tak de matahari. Ya... bekerja sendiri tak ada bos pantau. Tapi kalau malas, kita yang tanggung perit poket sempit. Kena ada self discipline yang kuat.

9 - Sebelum buat keputusan nak bekerja sendiri, pastikan medical card ada dengan coverage mencukupi. Bila bekerja sendiri tak ada coverage perubatan syarikat bukan? Kos kesihatan adalah mahal jangan terhantuk baru nak maki menteri. #apeni

10 - Nak berkerja sendiri selepas belasan tahun makan gaji? Pastikan business sedia ada bagi pulangan minimum sama banyak dengan gaji sekarang selama 12 bulan berturut-turut. Sementara ada paylip, hentam capai maksimum RM400,000 di ASBF & ASB2F. Ini force saving yang sesuai memaksa diri memiliki simpanan.

11 - Dana cemas apa khabar? Pastikan ada dana cemas sekitar 12 bulan. Kalau ada pasangan, berbincang. Seorang buat business, seorang terus bekerja sebagai back up Plan B. Keseimbangan ada tidaklah meratap nasib pada satu cabang cuma.

12 - Pelbagaikan cabang pendapatan. Ada beberapa rumah disewakan, dividen daripada simpanan sedia ada, simpanan emas 999 yang mampan sebagai tool pusingan modal dan "duit tepi geli-geli" cam ejen penapis air, konsultan takaful, REN, dealer emas dan sebagainya. Asalkan halal tak menyusahkan orang, sapu saja. Malu apa bosskur?

13 - Sebolehnya pastikan diri bebas semua hutang piutang yang jahat. Maknanya pendapatan hanya untuk perbelanjaan rutin bulanan. So tak de la stress kan setakat nak menabung, makan minum dan belanja sekolah anak? Mana-mana hutang yang tidak menjana income, hapuskan.

14 - Secara peribadi insya'allah akak ada berbaki 8 tahun untuk "semak semula" samada akak akan berhenti makan gaji atau bekerja sendiri. Waktu tu insya'allah bekerja atau tidak hanya untuk hobi. Ye la.. Dah umur 45 tahun nanti, hidup perlu lebih bebas daripada paksaan kerja bukan? Anak pun dua je. Hidup tak de ropol-ropol nak menang gaya.

15 - Sebelum anda tanya, arjuna beta berhenti makan gaji selepas 15 tahun sebagai engineer. Sebelum berhenti, plan dan persediaan dibuat dua tahun lebih awal. Dan beberapa perkara di atas dilaksanakan agar kehidupan keluarga kami kekal seperti biasa. Sebagai isteri merangkap Gabenor Wang Keluarga, menjadi tugas akak memantau agar landasan tidak lari.

16 - Cukuplah dulu serba sedikit tips. Silakan tambah jika anda ada pengalaman juga. Again... Makan gaji sama je bulanannya namun berkerja sendiri kekuatannya adalah kita boleh capai semaksimum jumlah mengikut rezeki dan kadar usaha. Masa lebih flexible, berpeluang cuba jana dipelbagai cabang malah unlimited income kalau kreatif dan rajin.

Salam sayang dan share sebagai rujukan masa depan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen