9 Sebab Pahala Anda Berkurangan Walaupun Sudah Membuat Kebaikan.

‘Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..’

Pasti kita sering mendengar pepatah tersebut.

Dan juga dalam Islam, kita pasti mahu membuat banyak kebaikan kerana akan dibalas dengan kebaikan juga oleh-Nya.

Namun, adakah kita mahu melakukan kebaikan semata-mata tanpa berebut pahala?

Ia seolah-olah mencurah air dalam baldi yang bocor atau dipanggil leaking bucket

Related image

Sebagai contoh yang paling dekat adalah pada bulan Ramadhan ini, kita berpuasa tetapi tidak pula melakukan solat 5 waktu. Oleh sebab itu, dalam dunia parenting para ibu bapa amat digalakkan untuk mendidik anak tentang solat dahulu, kemudian berpuasa.

Selain daripada itu, antara perkara yang anda lakukan tetapi pahala semakin berkurangan adalah..

1. Bagi golongan wanita, anda menutup aurat dengan pakaian yang sesuai seperti jubbah dan juga memakai hijab, kemudian ada juga segelintir daripada kita memakai nikab tetapi...

Akan tetapi, memakai minyak wangi yang daripada jauh pun boleh bau. Kemudian memakai solekan yang tebal semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai, ataupun memakai contact lens berwarna terang bagi mereka yang memakai nikab.

2. Bagi golongan lelaki, anda berpakaian ibarat lelaki yang alim dan juga berjambang tetapi...

Akan tetapi, tidak pula bersikap seperti ahli agamawan yang lain seperti

  • Walaupun memberi nasihat, diri sendiri juga ikut dengan nasihat tersebut.
  • Menundukkan pandangan pada yang bukan mahram.
  • Di luar rumah bersungguh-sungguh berlandaskan syariat, akan tetapi di rumah sentiasa menyakiti hati isteri.

3. Melaksanakan solat 5 waktu dan pada awal waktu tetapi...

Akan tetapi, tidak pula khusyuk. Minda selalu terbayang pada hal duniawi, sentiasa memikirkan masalah. Malah ketika Ramadhan ini, tiba-tiba boleh terfikir nak masak apa atau makan apa waktu berbuka nanti.

4. Anda dilihat sebagai seorang yang prihatin dan baik oleh mata masyarakat tetapi...

Akan tetapi, apabila berada di rumah sahaja anda tidak pernah berbaik dengan ahli keluarga. Sentiasa melontarkan kata-kata kasar, bermasam muka, dan tidak bertanggung jawab pula.

Sebagai anak, dengan rakan-rakan sentiasa berkongsi pendapat dan bercakap dengan nada lembut, tetapi dengan kedua ibu bapa sering berkata-kata kasar.

Sebagai bapa dan suami, dilihat sebagai seorang yang baik dan bertanggung jawab di luar rumah, akan tetapi dengan isteri dan anak-anak tidak memberi nafkah.

Sebagai ibu dan isteri, dilihat seorang yang baik dan sentiasa tersenyum, akan tetapi apabila di rumah sahaja sentiasa bermasam muka, melenting dan beremosi.

5. Apabila ada tatamu datang melawat, anda menyambutnya dengan tangan yang terbuka tetapi...

Akan tetapi, apabila mereka mula beredar jauh, anda mula bergossip dan mengumpat tentang hal mereka.  Mula buat whatsapp group, dan menceritakan segala keburukan tetamu tersebut.

6. Anda dilihat sebagai seorang penderma dan sering menolong orang tidak berkemampuan tetapi...

Akan tetapi, anda tidak pula mempunyai sifat empati terhadap mereka. Anda malukan mereka dan juga tidak menjaga hati dan perasaan mereka. Apa yang anda lakukan adalah untuk menunjuk kebaikan bersedekah pada orang ramai sahaja.

7. Anda rajin melakukan pelbagai solat sunat, berpuasa dan membaca Al-Qur’an tetapi...

Akan tetapi, anda sebenarnya sering memutuskan tali persaudaraan antara sahabat dan juga ahli keluarga. Langsung tidak dapat dihubungi apatah lagi berjumpa.

8. Anda berpuasa dan boleh menahan lapar dan dahaga tetapi...

Akan tetapi, mulut anda lancing berbicara. Bukan sekadar gossip sahaja, anda juga sentiasa mencarut dan berkata-kata tidak senonoh.

9. Anda post tentang agama, dakwah dan segala kebaikan di sosial media tetapi...

Akan tetapi, anda lakukan semata-mata untuk dapatkan banyak like dan juga tagih populariti, bukannya demi Allah SWT.

Hati-hati, kebaikan yang anda lakukan ini akan mengakibatkan anda langsung tidak mendapat satu pahala dari-Nya.

Sentiasalah Kita Bermuhasabah Diri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen