“Wanita Hamil Tak Boleh Mandi Malam, Nanti Air Ketuban Banyak?” Dr Izzat Memberi Penjelasan Tentang Mitos Ini.

Apabila mendengar pepatah atau kata-kata orang lama, sudah pasti banyak yang tidak masuk akal termasuklah tidak boleh mandi malam bagi wanita yang sedang hamil. Pada asalnya, kita tidak digalakkan untuk mandi malam kerana khuatir para-para berair. Kemudian wanita hamil tidak sepatutnya mandi malam, nanti air ketuban menjadi lebih banyak pula.

Sejauh mana kebenaran tentang pepatah melayu ini, ikuti perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat Ini…

Image may contain: 1 person, eyeglasses and indoor

********

Air ketuban/mentuban banyak dipanggil sebagai polyhydramnios. Air ketuban sikit dipanggil sebagai oligohydramnios. Kalau langsung takde air ketuban dipanggil sebagai anhydramnios

Air ketuban ni datangnya dari air kencing baby, dan dari placenta (uri) dan sedikit komponenya datang dari kulit bayi sendiri. Air ketuban/mentuban sentiasa dalam keadaan keseimbangan di mana air mentuban ini akan diminum oleh bayi itu sendiri. Ibaratnya bayi tu hasilkan air mentuban sendiri dan dia sendiri minum air tu.

Tak susah pun nak faham konsepnya. Apa jua keadaan yang menyebabkan baby ni kencing banyak atau apa jua keadaan yang menyebabkan baby tak boleh menelan air ketuban ini semula akan menyebabkan air ketuban ini banyak dari biasa.

Berikut antara sebab musabab biasa air ketuban/mentuban tu boleh menjadi banyak :

1) ibu ada kencing manis - bila ibu ada kencing manis, paras gula dalam badan ibu tinggi. Gula yg tinggi ini dipindahkan kepada bayi melalui tali pusat. Paras gula yang tinggi pada bayi menyebabkan bayi terkencing kencing dengan banyaknya sekaligus air ketuban jadi banyak

2) bayi ada kecacatan pada bahagian saraf atau bahagian kepala atau pada salur pencernaan menyebabkan air mentuban ini takboleh ditelan dan menjadi banyak

3) bayi ada masalah genetik seperti sindrom Down atau sindrom Edward yg mana sindrom ini ada berkaitan dengan ketaknormalan sistem pencernaan. Air ketuban takboleh ditelan dan air ketuban menjadi banyak

Jadi, semua perkara yang berlaku ini adalah melibatkan bayi itu sendiri dan keadaan di dalam rahim. TIADA KAITAN dengan apa yang ibu makan, apa yg ibu minum, atau disebabkan ibu mandi malam.

Air mandian tu takboleh meresap dari kulit ataupun ada laluan rahsia untuk sampai terus ke rahim dan sebabkan air ketuban/mentuban banyak secara tetiba.

Org mengandung ni cepat berpeluh dan berlengas. Nak mandi bebila masa pun tak ada masalah. Yang taknak mandi ni dah kenapa? Hobi eh suka bau-bauan kepam ?

********

Orang dulu-dulu tak galakkan kita mandi malam sebab bilik air jauh dan bukannya terletak dalam rumah, nanti jatuh tak ada orang nampak pula kan?

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen