Sebagai Anak, Sebenarnya Berapa Sumbangan Kepada Kedua Ibu Bapa Daripada Gaji Kita?

Sebagai anak yang bekerjaya pada masa kini, kita sepatutnya dapat berfikir dengan rasional sekiranya ia melibatkan dengan kewangan. Bukan sahaja dapat mengawal perbelanjaan, malah dapat jua memberi beberapa sumbangan kepada kedua ibu bapa kita.

Namun, ramai anak muda yang tertanya-tanya, berapa sebenarnya sumbangan yang patut diberikan sekiranya ada komitmen ataupun tidak?

Ikuti perkongsian dari saudara Azizul Azli Ahmad ini…

********

Sumbangan Ibubapa Berapa?

1. Sumbangan yang sihat untuk ibubapa adalah TIDAK KURANG dari 5% gaji kita. Mengapa tidak boleh kurang dari 5%?.

Kerana kadar zakat adalah 2.5%, apakah kita nak bagi ibubapa sama taraf dengan penerima zakat.

3. Sumbangan ini tidaklah wajib, tetapi sebagai anak dan ihsan kita atas jasa dan bakti ibubapa kita. Jadikan ia kewajipan, pasti ada keberkatan.

4. Sebagai abang juga, tidaklah adil memaksa adik memberi sumbangan secara paksa. Mereka juga ada matlamat kewangan dan perancangan sendiri.

5. Kita semua akan jadi ibubapa. Rancang baik baik simpanan kita. Jangan sampai anak bermasam muka kerana kita.

"Aku nak semua anak aku bagi sorang RM500. Jika ada 6 dah RM3000 sebulan".

Saya pernah dengar ada bapa yang cakap begini depan saya sambil lepas asap rokok keudara . Jujurnya hormat saya hilang padanya.

Image result for sumbangan duit kepada ibu bapa

6. Anak juga bukan mesin persaraan kita. Kita harus rancang dengan baik agar tak bebankan hidup anak cucu kita.

7. Jika sekarang kita dah rasa susah, apatah lagi kehidupan anak cucu kita 20-30 tahun kedepan.

8. Jangan jadikan kita punca perbalahan anak anak kita kerana kita tidak merancang hidup dan bersara.

Keikhlasan dan keberkatan itu memang ada, tetapi jangan kita buat kerja tuhan dengan minta orang ikhlaskan sumbangan mereka.

Rancang kehidupan kita. Jangan berserah pada Takdir, tetapi Tadbirlah hidup dengan baik.

#JanganSamakanHidupKitaDenganOrangLain.

#TabungIbubapa

********

Semoga Bermanfaat Dan Sentiasa Ingat Untuk Membalas Jasa Kedua Ibu Bapa Kita!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen