Bajet Lari Itu Perkara Biasa, Jangan Malu Nak Minta Bantuan Isteri Tetapi Pastikan Kita Tunai Tanggungjawab Kita Dahulu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila tiba hujung bulan pasti ramai yang mula rasa kesempitan wang. Nak-nak lagi apabila hari raya bakal menjelang tiba ini. Pasti lebih banyak wang yang akan digunakan untuk perbelanjaan harian malah perbelanjaan hari raya. Kadang sedar tak sedar itu, duit yang ada di dalam akaun bank kurang mencukupi, pasti suami-suami akan mudah rasa gundah gulana apabila berdepan dengan perkara ini.



Suami-suami jangan malu nak minta bantuan isteri, mereka ini pasti mudah berasa kasihan terhadap pasangan mereka tetapi kita sebagai suami ini juga jangan culas bab nafkah dan keperluan anak-anak.

Seperti yang dikongsikan oleh suadara Firdaus Shakirin ini, banyak betulnya. Kalau suami baik dengan isteri, isteri juga akan baik dengan suami begitu juga sebaliknya. Jadi fikir-fikirkan tanggungjawab kita.



Hidup berumahtangga...

Tiba-tiba bajet lari itu biasa, tiba-tiba duit tak cukup itu biasa, tiba-tiba tinggal 10 hengget sebelum gaji itu biasa...
Ramai yang pernah lalui smua ni, terutamanya ketika musim perayaan atau permulaan sekolah... banyak duit nak guna, yuran, baju sekolah, peralatan sekolah, kuih raya, baju raya, servis kereta dan sebagainya...

Pendapatan sama ja macam bulan-bulan lain...tapi nak guna pulak lebih dari biasa...so, mesti bajet lari...

Nak tak nak, bila dah takde pilihan dah, saving pun takbanyak, mesti kena mintak kat isteri...

Isteri mana yang nak tengok suami dia susah? Isteri mana yang nak tengok suami dia takde duit? Isteri mana yang nak tengok suami dia tak makan...semua isteri taksampai hati untuk tengok keadaan suami macam tu...

Dia akan tolong, dia akan bagi duit yang dia ada untuk memudahkan urusan suaminya...

Lagipun itu teman sehidup sematinya jugak, bukan orang lain...orang yang dia sayang...cumanya disini, apa yang saya ingin ingatkan ialah, jangan culas bab menafkahi dia bila kita ada duit, jangan berkira dengan isteri, jangan biar dia tanggung serba serbi sendiri...

Bayar apa yang kita boleh bayar, tunai apa yang kita wajib tunaikan...ini keutamaan kita, kewajipan kita...bila isteri nmpk yang kita dah cuba buat yang terbaik, takpernah culas bab nafkah, takpernah berkira dengannya, maka dia takkan teragak-agak untuk bantu kita, tolong kita disaat kita memerlukan pertolongan dia...

Kalau kita nafkah pun ke laut, berkira dengan dia, bagi dia tanggung bayar itu ini, agak-agak dia teringin ka nak bantu kita...dia tetap bantu, cuma dia 'terpaksa' bantu...bentuk bantuan tu berbeza...

Untuk suami yang baik, isteri tak mengharapkan suami bayar balik...untuk suami yang kurang baik, isteri mengharapkan dia bagi balik duit isteri yang dia guna...isteri terpaksa berkira dengannya disebabkan perangainya sendiri...

So, kita nak jadi suami yang macam mana?

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen