"Kalau Tak Paksa Anak Lelaki Bantu Lipat Kain, Sampai Tualah Jadi Kerja Mak."

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasanya ramai diantara kita yang tidak suka melakukan tugas melipat kain ini. Kalau tugas lain boleh buat dengan mudah tapi kalau bab lipat kain ini memang tertunda-tunda lah jawapnya. Tapi bila difikirkan mengenai tanggungjawab terpaksa lah lakukan juga, kalau tidak diri sendiri siapa lagi yang akan buat kan?

Jika sudah jadi mak-mak, pasti ramai yang akan meminta anak-anak perempuan mereka ini bantu melipat kain, tapi bagaimana pula dengan anak lelaki?



Jangan lupa, anak lelaki juga turut perlu lakukan kerja rumah. Ajar mereka perkara yang mudah dahulu. Mula-mula mereka ini memang tidak biasa dan tidak mahu, lama-kelamaan nanti pandailah mereka menguruskannya.

Seperti yang dikongsikan oleh Abdul Muiez Ruslee ini, bila mana dahulu beliau rasa kasihan melihat anak-anaknya melipat kain.

Namun begitu, tanggapannya itu salah apabila isterinya menjelaskan alasan yang kukuh mengapa anak-anak lelaki perlu dididik sebegitu.



Kata isteri, "kalau mama tak paksa anak-anak lipat kain, sampai ke tua lah kerja mama ni lipat kain. Biarlah teruk macam mana pun dia lipat. Asalkan dia orang tahu tanggung jawab."

Itulah kata isteri bila saya kata kesian tengok anak-anak kena lipat kain kain dahulu.

Bila fikir, betul juga. Kalau tak dipaksa sekarang, sampai besarlah mereka tak tahu buat kerja.

Bila tak tahu buat kerja, bukan sekadar menyusahkan diri sendiri, malah akan menyusahkan isteri bila dia kahwin nanti.

Lepas ajar lipat kain, ajar basuh pinggan pula.

Bukan sekadar lipat kain, basuh pinggan pun kami ajar. Biarlah tak bersih pun, asalkan mereka tahu. Lepas makan, kena basuh pinggan. Kalau tak bersih, kamilah yang akan bantu cuci semula.

Sekarang Iman dah relaks lipat baju. Bila suruh lipat, katanya "kacang je."

Rupa-rupanya, banyak kebaikan yang boleh diperolehi apabila mendidik anak sejak dari kecil lagi. Baik lelaki mahupun perempuan, didikan sebegini sememangnya penting. Bukan sekadar mampu ringankan ibu bapa sahaja, kelak mampu ringankan pasangan juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen