Lelaki Suka Pakai Baju Ketat Hingga Payah Nak Ambil Wudhuk, Apa Hukumnya?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sekarang ini bukan hanya perempuan sahaja yang suka memakai baju yang ketat-ketat, lelaki juga tidak ketinggalan untuk memakai baju seperti ini. Ia seolah-olah seperti mengikut trend yang mana lelaki-lelaki ini perlu memakai baju ketat untuk menunjukkan 6pax mereka.

Ehh, ingat semua wanita kagum ke melihat bertapa sadonya mereka itu.

Kalau wanita sememangnya tidak boleh mengenakan pakaian yang ketat malah tidak menutup aurat ini, bagaimana pula dengan lelaki? Mari kita ikuti penjelasannya dari Ustaz Farid Rashidi ini.



Ada terbaca satu komentar di pages menjual baju dan seluar raya lelaki. Tak taulah, nak gelakke nak kasihan.

“Tak berminat langsung. Fit. Sampai berwudhuk pun payah kalau baju macam tu.”

Bila fikir-fikir, betul juga apa yang dikatakan. Yelah, baju kurta, baju melayu sekarang sangat-sangat ketat. Kain pula licin. Bayangkanlah. Eh tak perlu bayang.

Kalau jenis badan berketak-ketak macam ketul bata itu mungkin nampak sadolah kan.

Kena brader yang jenis boroi mengandung 7 bulan? Apalagi yang 9 bulan? Nah, mana nak sorok perut tu. Dah macam watermelon atau buah cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan.

Sangat memahaminya.

Sebelum ini ada terviral artikel yang saya tulis tentang keharaman memakai seluar ketat bagi perempuan. Ha ingat tak? Ingat. Bagus.


Dekat artikel itu, adalah beberapa orang bertanyakan pula tentang hal lelaki memakai seluar ketat. Apa hukumnya?

Baik, mari kita semak apa kata pandangan ulama’ mengenainya.

Jumhur ulama’ mengatakan bahawa aurat lelaki adalah pusat hingga ke lutut. Ada pun kaum lelaki memakai seluar ketat maka hukumnya adalah makruh tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya maka hukumnya menjadi haram (hingga perempuan tengok pun naik syahwat).

Syeikh Soleh al-Fauzan dalam fatwanya menyebut:

“Baju sempit yang mensifatkan anggota badan dan mensifatkan tubuh wanita dan potongan-potongan anggotanya tidak wajar dikenakan, baju sempit seperti ini tidak wajar dipakai bagi lelaki mahupun wanita, akan tetapi wanita itu lebih bersangatan tidak wajar.”
[al-Muntaqa Min Fatawa al-Syeikh Soleh al-Fauzan 3/454]

Bagaimana Pula Lelaki Memakai Seluar Ketat Ketika Solat?

Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmu’ berkata:

“Dan jika ia (pakaian itu) menutup warna dan mensifatkan bentuk seperti lutut dan daging punggung dan seumpamanya, sah solat itu jika berlaku penutupan.
[al-Majmu’ 3/176]

Kalau Baju Ketat?

Baju ketat hukumnya tidaklah jatuh haram. Dan ia bergantung kepada niat. Untuk menunjuk-nunjuk hingga timbul kesombongan, tidak dibolehkan. Untuk dimenakutkan musuh di medan perang, diharuskan.

Lagipun bahagian badan lelaki bukan aurat. Cuma kalau baju raya, kurta, baju melayu, jubah nak solat bila ketat sangat manalah selesa nak solat dan beribadah. Apalagi kalau ketat dekat lengan. Senak tengok.

Nak berwudhuk je, kena buka baju. Satu kerja pula nak kena buka baju.

Kasihan jugalah yang jenis perut boroi, asal nak beli baju tak ada saiz.
Wallahhu a’lam.

Jemputlah share, semoga memberi manfaat khususnya buat kaum adam. Juga untuk isteri-isteri yang selalu baik hati 'tolong' belikan baju raya untuk suaminya. So suwit.

#UFR

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen