Kenali Personaliti Melalui Tulisan Tangan.

Oleh: Rafi

Cuba para pembaca sekalian perhatikan bentuk tulisan sendiri, setelah itu sila selidik personaliti anda menerusi guideline (panduan) dibawah. Kajian ini telah dilakukan oleh Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. PA Admin dah pun cuba dan keputusannya amat tepat sekali.



Pertama: Tekanan.

i. Tekanan yang kuat.

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)

ii. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)



Kedua: Bentuk tulisan.

i. Tulisan yang bulat-bulat.

Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper.

Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)

Ketiga: Kecondongan.

i. Condong ke kanan.
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

ii. Condong ke kiri.
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

iii. Tegak.
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur.
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)



Keempat: Kerapatan.

i. Jarang-jarang.
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat.
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z.

i. Ada ekor.

a) Besar, panjang dan sempurna.
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

b) Kecil, pendek dan tak sempurna.
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.



Keenam: Pada palang huruf kecil T (t).

i. Tinggi.
Tahap aspirasi tinggi.

ii. Rendah.
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah.

iii. Tengah-tengah.
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana.

Rumusan:

Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen