Suami, Utamakan Kampung Halaman Isteri Dahulu Kalau Pulang Beraya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari raya bakal tiba, pada ketika ini pasti rata-rata mula membuat perbincangan tahun ini giliran pulang ke rumah siapa. Belah suami ke belah isteri? Kalau tidak dapat pulang ke kampung halaman sendiri, mula lah masing-masing tunjuk tanda protes terhadap pasangan. Setiap tahun perkara ini pasti akan berlaku dan akan berulang kali. Tak penat ke setiap tahun nak bergaduh benda yang sama?

Ada juga pasangan yang aka bertukar-tukar kampung halaman setiap tahun. Jika tahun lepas kampung suami, tahun ini kampung isteri pula. Ini sememangnya adil lagi saksama tetapi macam pula kalau jenis tiap tahun mesti balik ke kampung dia dahulu?

Mari sama-sama cuba hadamkan teknik dan tips membuat keputusan rumah siapa sepatutnya menjadi pilihan hari raya nanti. Yang baru kahwin atau sudah lama kahwin sama-sama boleh pertimbangkan tips ini.



Pasangan Pengantin Baru: Nak Raya Rumah Sapa Pertama Kali Ini?

Perkara ini biasanya menjadi pertelingkahan di antara pasangan yang baru berkahwin. Isteri akan menggunakan hujahnya tersendiri dan si suami pula menggukakan kuasanya sebagai ketua keluarga yang mesti dipatuhi.

Ada teknik dan tips untuk anda berdua membuat keputusan.

Utamakan Raya Pertama Di Rumah Isteri!

1. ” Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): “Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya”. Al Qashash:27

Kalaulah ingin merujuk ayat di atas, pengantin lelaki kena berkorban tinggal bersama ayah mertua dan membantunya selama 8 tahun. Tetapi dengan keadaan sekarang perkara ini tidak mungkin boleh berlaku.

Namun kita boleh ikuti konsepnya. Iaitu dalam tempoh 8 tahun sang suami utamakan rumah mertuanya dahulu. Dalam kes pulang beraya ke kampong, elok utamakan rumah isterinya.

2. Orang perempuan banyak menggunakan emosi dan perasaannya dalam setiap urusannya. Sedangkan lelaki hanya fokus mindanya kepada sesuatu tugasan. Dia boleh abaikan emosi dan perasaannya. Oleh itu, isterilah yang lebih terkesan menyambut hari raya pertama. Apa lagi dengan status dia sebagai seorang isteri. Jiwanya pasti mengelabah untuk pertama kalinya menyambut raya di rumah orang lain. 1001 macam dalam fikiran yang menghantuinya. Oleh itu raya pertama di rumah isteri.

Susun Strategi Dan Berbincang!

3. Jika isteri ini telah ada bilik tidur khas di rumahnya dan suaminya pula tiada bilik khas untuk di rumahnya. Ini akan menyebabkan isteri tidak selesa jika terpaksa berkongsi bilik persalinan dengan ipar-iparnya. Oleh itu elok raya pertama di rumah isteri. Tetapi jika suaminya memang ada bilik khas, sila rujuk tip 1 dan 2 di atas.

4. Tetapi kalau sepanjang ramadhan sudah tinggal di rumah keluarga belah isteri, maka eloklah susun strategi untuk berhari raya pertama di rumah kampung suaminya.

5. Jika suami adalah anak tunggal, dinasihatkan buat rancangan untuk berpuasa 2-3 hari awal di rumah kampung isteri. Kemudian berhari raya pertama di rumah suami. Sebab kehadiran anak tunggal dengan isterinya ini memberi kesan positif bertambah sayang ibu mertua kepada anak menantunya.

Jangan gaduh-gaduh, berbincanglah dengan selamat dan adil.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen