Apa Harapan Lelaki Kepada Isterinya Setelah Berkahwin, Tetapi Sukar Untuk Dilakukan Oleh Para Wanita?

Dalam rumah tangga, si isteri akan mengharap si suami berubah untuk dirinya, begitu juga dengan lelaki yang mula mengharap isteri memahami dan menghormati dirinya. Sekiranya terlampau bergantung harap pada pasangan masing-masing, tidak mustahil anda akan berasa sedikit kecewa jika tiada berlaku satu pun perubahan.

Oleh sebab itu, dalam rumah tangga perlu tahu apakah tujuan sebenar untuk berkahwin? Demi menggapai barakah Ilahi, ataupun kepuasan diri?

Namun, sebagai manusia biasa pasti banyak harapan yang kita harapkan pada pasangan kan? Ini antara harapan lelaki terhadap bakal isterinya selepas berkahwin…

1. Sentiasa tersenyum.

Sebagai kaum lelaki, senyuman wanita adalah salah satu punca akan membuatkan hatinya bergetar dan lemah imannya. Itulah kekuatan senyuman wanita. Mereka amat mengharapkan selepas berkahwin, wanita yang dikahwininya sentiasa tersenyum dan tidak bermasam muka, dimana amat sukar untuk dilakukan oleh golongan isteri.

Ini kerana isteri terlalu penat dengan kerjayanya sendiri dan juga untuk uruskan rumah tangga.

2. Sentiasa bercakap lembut.

Selain dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibir, lelaki juga mengharapkan bakal isterinya nanti sentiasa bercakap lembut, dan juga tidak mudah melenting atau melatah. Bagi anggapan lelaki, sekiranya kaum wanita itu lemah lembut dan sopan santun, gaya percakapan juga adalah soft spoken dan sedap di dengar.

Bukannya terjerit dan tergelak seperti pontianak.

3. Sentiasa memakai wangian terutamanya di dalam rumah.

Harapan lelaki pada bakal isterinya juga sentiasa wangi, terutamanya ketika di dalam rumah. Itu yang paling penting. Bukannya keluar rumah baru nak sembur minyak wangi, tetapi dalam rumah hanya bau peluh sibuk mengemas rumah sahaja. Selepas sahaja mandi, tidak salah untuk sembur sedikit wangian pada tubuh badan.

4. Mempunyai rambut yang terurus.

Jangan terkejut sekiranya ada segelintir golongan wanita ketika bujang memang malas nak sikat rambut. Lepas mandi pun, hanya dibiarkan kering dan tidak urus dengan kemas. Sekurangnya-kurangnya, letaklah serum rambut, atau mist rambut supaya rambut sentiasa wangi dan terurus.

Kalau rimas dengan rambut panjang, memadai potong pendek supaya senang diurus. Bagi mereka yang berhijab, tidaklah nanti rambut menjadi serabut.

5. Sentiasa memakai pakaian yang kemas.

Sudah menjadi lumrah kaum wanita suka melaram dimana jua mereka berada, terutamanya apabila ingin berjalan-jalan di luar rumah. Bila dah jadi isteri orang, jangan lupa untuk sentiasa memakai pakaian yang kemas dan cantik juga, supaya pandangan suami terjaga.

Tidaklah nanti, suami pilih untuk melihat wanita luar yang lebih cantik pula. Eh.

Namun, para suami perlu menjaga penampilan untuk si isteri juga. Jangan kacak hanya di luar rumah sahaja.

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen