Tujuan Bridesmaid Bukan Untuk Lebih Cantik Daripada Pengantin, Tapi Perlu Tahu 5 Tugas Sebenar Ini.

Trend pada zaman sekarang, sudah menjadi kebiasaan apabila pengantin lelaki dan perempuan mempunyai pengapit yang lebih ramai jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Sehinggakan tidak tahu apa tujuan sebenar bridesmaid ini. Terutamanya bridesmaid sebelah pihak pengantin perempuan.

Adakah sekadar menolong?

Atau hanya untuk memeriahkan gambar pengantin sahaja?

Jom lihat 7 tugas sebenar bridesmaid pada sebelum dan semasa majlis perkahwinan berlangsung..

1. Sepatutnya perlu datang awal sebelum majlis perkahwinan.

Bridesmaid sebenarnya jangan lupa diri dan menganggap diva sekiranya baju anda di sponsor oleh pengantin. Bersyukur anda dipilih untuk jadi pengapit, jadi anda perlu datang awal sekurang-kurangnya sehari sebelum untuk mengetahui atur cara majlis perkahwinan nanti.

Tips: Untuk pengantin perempuan, jangan ambil bridesmaid yang pemalas dan masih tidak mengenali ahli keluarga anda. Naya nanti!

2. Sila tepati waktu dan ringan tulang.

Oleh disebabkan baju persalinan bridesmaid anda, pengantin yang sponsor, anda leka ber-selfie dengan baju tersebut sehingga lambat ke majlis perkahwinan. Jika benar anda terlalu sibuk tidak dapat datang awal sehari, sekurang-kurangnya pada hari majlis tersebut datang lah awal pagi untuk membantu pengantin.

3. Apa yang perlu bridesmaid lakukan ketika majlis perkahwinan?

Tujuan sebenar bridesmaid bukan sahaja untuk membantu pengantin, malah untuk membantu keluarga pengantin juga. Pada waktu ketika ini, ahli keluarga pengantin juga akan menjadi serabut.

Sebab itu, anda dilantik dengan ramai oleh pengantin, bukan saja-saja nak meriahkan suasana dan mengambil gambar sahaja.

Antara kelengkapan yang bridesmaid perlu sediakan adalah seperti berikut..

  • Pin.
  • Jarum peniti
  • Tisu lembut.
  • Tisu basah.
  • Hand sanitizer.
  • Bedak kompak.
  • Air mineral.
  • Kipas tangan.

Jadi, anda digalakakkan untuk bawa satu pouch kecil untuk dipegang sepanjang masa kalau-kalau ia diperlukan.

4. Perlu ingat password telefon pengantin.

Maklumlah, raja sehari sukar memegang telefon sepanjang majlis, jadi tugas bridesmaid yang paling rapat dengan pengantin adalah cuba merakam foto-foto kandid dan memuat naiknya ke akaun IG pengantin. Dia pasti menghargai usaha kamu itu jadi sila ingat password telefon pengantin. Lihat juga kalau-kalau ada panggilan kecemasan masuk. Tolong jawabkan ya…

5. Mulut jangan celupar.

Mana-mana majlis perkahwinan pun pasti ada kekurangan dan kecacatan yang akan terjadi. Oleh itu, kalau ada apa-apa yang dilihat tidak memuaskan hati, sila cari solusi. Jangan pula mengadu dengan pengantin. Memang cari nahas! Berilah ruang untuk pengantin tenang dan bebas dari segala permasalahan. Kalau ada masalah, tak perlu bising hingga sampai ke pengetahuan pengantin.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen