Baru Kahwin Memang Nampak Sweet Tapi Bila Dah Ada Anak, Apa Yang Ayah Buat, Anak Akan Tiru Ibu Pula Akan Jadi Mangsa Keadaan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru-baru kahwin memang lah seronok dan banyak perkara sweet suami isteri akan lakukan, sehinggakan pinggan suami pun isteri tolong cuci selepas makan. Baru kahwin katakan semuanya masih berbau wangi, cuba kalau dah ada anak nanti.

Kalau dah ada anak nanti masih amalkan sikap sebegini teruklah si ibu itu nanti. Mana tidaknya, anak akan tiru segala kelakuan ayah. Semua perkara yang ayah lakukan pasti anak tiru, kalau ayah malas anak juga akan turut malas begitu juga sebaliknya. Lama kelamaan, ibu kelihatan bibik di rumah itu pula.

Macam nukilan dari saudara Mohd Fhais ini banyak betulnya. Kalau ayah dan anak lakukan perkara yang sama, ibu yang akan jadi mangsanya.



Ayah Buat, Anak Ikut, Mak Jadi Mangsa

Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.

Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan.
Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!



Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak.

Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang? Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak.

Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.

Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak.

Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.

Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki!

Anak lelaki akan jadi imam #keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.

Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.

Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin.

Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais

Nak sweet biarlah sweet sama-sama. Isteri layan suami macam raja, suami layanlah isteri macam permaisuri. Baru adil.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen