Lelaki Ini Kongsikan 7 Tips Jimat Duit Belanja Di Bulan Ramadhan.

Pada bulan ramadhan sahaja, pasti banyak duit yang dihabiskan. Ini kerana nafsu kita kalah pada perut yang lapar. Setiap kali ke bazar Ramadhan sahaja, cuba cek berapa banyak duit yang telah kita belanjakan? Ada yang sampai RM50.

Itu baru di bazar Ramadhan, belum lagi ketika shopping raya lagi. Pasti banyak pembaziran yang berlaku. Saudara Amir Syahir ini telah berkongsi 7 tips untuk jimat duit belanja ketika di bulan Ramadhan..

********

Bulan Ramadhan ni duit belanja akan keluar lagi laju daripada bulan biasa. Betul ke?

Image result for jimat belanja

Bulan Ramadhan ni lah kita untuk berlatih untuk menahan lapar dan dahaga. Nafsu belanja kau tu pun kena kawal supaya tak pembaziran makanan berlaku.

Sepatutnya bulan ni kita boleh jimat banyak kan. Tapi orang yang biasa berbelanja besar memang duit keluar laju je.

Jom baca antara tips kau boleh jimat berbelanja dalam bulan Ramadhan ni;

1. Sudah Buat Keputusan.

Lepas solat Asar kau terus fikir apa kau nak beli di bazar nanti. Yang pergi ke bazar baru nak fikir tu yang beli banyak-banyak tu. Pastikan kau beli tak lebih dua-tiga jenis lauk je.

2. Jangan Bawa Duit Berlebihan.

Jangan bawa duit yang berlebihan jika ingin ke bazar Ramadhan sebab nanti kau akan borang seperti tiada hari esok. Contohnya bawa RM20 sahaja. Jadi takdelah kau nak borang semua untuk juadah berbuka nanti. Dompet tinggal siap-siap dalam kereta.

3. Berbuka Di Masjid.

Kau yang bujang tu boleh lah berbuka di masjid. Boleh terus beribadah dan solat berjemaah di masjid. Jimat pun jimat. Dapat pahala solat berjemaah lagi.

4. Bertukar-Tukar Juadah Berbuka.

Hari minggu, berpakatlah dengan kawan-kawan untuk berbuka sama-sama. Bawa juadah berbuka puasa yang dimasak sendiri di rumah. Jimat kan. Banyak menu boleh dimakan.

Image result for tukar-tukar juadah berbuka puasa

5. Berbuka Di Rumah.

Tak perlu beli kuih-muih. Makan je kurma. Tak perlu beli air kat bazar. Buat sendiri je air kat rumah. Masak sendiri lauk. Kebersihan pun terjamin. Lagi jimat.

6. Bufet Ramadhan.

Kau makan berapa pinggang sangat lah. Kalau RM80 untuk berbuka puasa tu mahal dah tu. Kos makan kau pun tak lebih RM30. Rugi je RM50 tu. Bukankah Ramadhan ini mengajar kita supaya bersederhana?.

7. Kirim Kepada Kawan.

Kalau kau selalu beli banyak-banyak lepas tu tak habis makan, elok lah kau kirim saja supaya kawan ataupun keluarga kau pergi beli untuk kau. Biasa la kalau perut lapar, semua nak makan.

Elok lah kau berjimat cermat untuk sebulan ni. Nanti nak raya lagi banyak nak pakai duit. Kang mula la nak buat pembiayaan peribadi.

Orang tak biasa puasa memang memborong makanan banyak-banyak. Serupa tak makan sebulan dah. Beli banyak-banyak pastu buang je. Membazir je. Esoknya buat lagi. Kau la sapa lagi. Kah!

P/S: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna kepada korang. Semoga ada sinar perubahan. Moga amal ibadat kita diterima oleh Allah. Amin..

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen