Kehilangan Ibu Ayah, Apa Kesan Terhadap Anak-Anak?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa yang maish mempunyai ibu ayah itu tersangatlah beruntungnya kalian. Ini kerana, walaupun sudah dewasa dan mempunyai keluarga sendiri tetap sahaja ada ibu ayah yang sentiasa mendoakan serta menjadi tempat lindungan dan bermanja.

Salah satu daripada ketentuan Tuhan yang paling pedih dan sakit untuk diterima adalah apabila seseorang anak kehilangan ibu bapa mereka. Bergantung kepada usia, mereka mungkin akan menghadapinya dengan cara yang berbeza.



Cuba bayangkan mereka-mereka yang kehilangan ibu dan ayah disaat mereka masih lagi kecil. Dan paling menyentuh hati adalah mereka kehilangan kedua-duanya sekali disaat tidak mengenal lagi erti kehidupan.

Bagaimana perasaan mereka?

Bagaimana mereka terus kuat untuk menjalani hidup-hidup mereka?

Pun begitu, kehilangan yang sangat besar ini pasti akan meninggalkan kesan jangka masa panjang pada psikologi dan interpersonal serta meninggalkan parut yang dalam buat anak itu seumur hidup mereka.

Apakah kesannya?

Gangguan psikologi

Pertama sekali, kehilangan ibu bapa pasti akan mengakibatkan gangguan psikologi. Ia akan berlaku dalam pelbagai bentuk dan disalurkan melalui perasaan sedih, hiba, gelisah dan stres. Menurut kajian, tahap keterukan gangguan ini juga bergantung kepada hubungan mereka dengan ibu bapa semasa hayat.

Kesannya terhadap kanak-kanak

Kanak-kanak mungkin akan lebih mudah melalui fasa kesedihan kehilangan ibu bapa mereka. Namun begitu, ia bukan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai atau memahami perasaan mereka. Menurut kajian yang dilakukan oleh National Association of School Psychologists, kanak-kanak sebenarnya sudah boleh mengalami kejutan emosi, merasai perpisahan, berkelakuan regresif atau eksplosif. Mereka juga cenderung untuk bertanya soalan yang sama berkaitan kehilangan ibu bapa mereka berulang kali.

Kesannya terhadap remaja

Ketika usia ini, remaja sudah boleh faham bahawa kehilangan ibu bapa ini adalah kekal buat selamanya. Remaja mungkin akan lebih mengekspresikan perasaan mereka kepada rakan-rakan lebih daripada ahli keluarga yang lain. Ketika ini juga, remaja sudah berupaya mengawal perasaan mereka berbanding kanak-kanak yang jauh lebih muda. Pun begitu, jika mereka gagal melakukannya, mereka mungkin akan terjerumus ke lembah dadah atau alkohol untuk cuba lari dari realiti kehidupan mereka yang menyedihkan.

Kesan seumur hidup

Walaupun anak itu kelihatan sudah boleh menerima kenyataan dan hidup secara normal kembali, kesannya masih lagi wujud. Dalam beberapa kes, ia mungkin akan kekal seumur hidup mereka. Anak itu mungkin akan kurang keyakinan diri serta mengalami kesukaran menjalinkan hubungan. Selain itu, jantina juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Kebanyakan lelaki akan mengalami peningkatan autonomi manakala wanita pula lebih mudah jatuh ke lembah depresi.

Bantu anak menghadapi kehilangan ibu bapa

Setiap anak akan mengalami reaksi, respon dan ketahanan yang berbeza. Paling penting, ibu atau bapa yang masih hidup perlu mengambil lebih tanggungjawab dalam menjaga dan membesarkan anak. Ini sangat penting untuk membuat impak kehilangan itu tidak terlalu dirasai oleh anak. Sebagai umat Islam, kita perlu redha dengan setiap ketentuan Illahi dan percayalah bahawa kita semua akan berkumpul kembali di atas sana kelak.

Buat anda yang masih mempunyai kedua-duanya sentiasalah pulang untuk melawat mereka di kampung ataupun kerap hubungai mereka. Jangan sesekali mengguris hati perasaan mereka dengan tindakan yang tidak sepatutnya. Kalian sepatutnya bersyukur kerana masih memiliki mereka disaat anda juga semakin menua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen