Jaga Keharmonian Ketika Bulan Ramadhan Bersama Pasangan, Isteri-Isteri Kena Lakukan Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tahun ini kali pertama berpuasa bersama suami? Jika ya, tentu sahaja puasa kali ini berlainan berbanding puasa semasa masih lagi bujang. Mana tidaknya, ketika anda bujang anda lebih bebas untuk melakukan apa sahaja anda mahu tetapi berlainan apabila sudah memiliki suami ini. Anda bukan sahaja sibuk menguruskan makanan untuk bersahur, berbuka serta lakukan amal ibadah tetapi ia adalah saat untuk anda dan pasangan meningkatkan kemesraan antara satu sama lain.



Walaupun tidak boleh terlalu dekat dengan suami anda, ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk mendatangkan kemesraan bersamanya. Jangan risau, selagi anda tahu menjaga batas-batasnya pasti ia tidak akan mendatangkan apa-apa masalah buat anda.

1. Luangkan masa bersama suami.

Ketika awal-awal dibulan puasa ini badan anda mungkin akan sedikit terkerjut kerana terpaksa tidur dan bangun awal dari kebiasaannya, terutama buat mereka yang berkerja. Walaupun sibuk dengan urusan pejabat dan juga melakukan ibadah puasa jangan lupa untuk meluangkan masa bersama suami ini. Apa yang anda boleh lakukan adalah pergi iftar bersama pasangan anda dan menikmati saat romantis berdua. Jangan biarkan pasangan anda berbuka bersendirian.

2. Beribadah bersama suami.

Apabila masuk bulan puasa ini sudah tentulah ramai orang berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran yang besar di dalamnya. Maka dengan itu, jangan lupa untuk melakukan ibadah bersama suami seperti melakukan solat berjemaah, membaca Al-Quran bersama ataupun melakukan solat sunat bersama-sama. Perkara ini juga akan timbulkan kemesaraan antara kalian berdua.

3. Menyampaikan rasa sayang.

Pada bulan Ramadhan ini, kita dikehendaki mengurangkan hubungan fizikal untuk mengelakkan nafsu walaupun dengan suami. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh tunjukkan rasa sayang dan hanya mengabaikan pasangan anda. Apa kata anda lakukan perkara-perkara seperti ketika bercinta dahulu. sebagai contoh, mengirim kata-kata yang manis serta menelefon pasangan anda apabila berjauhan itu adalah perkara yang romantis.

4. Tampil cantik dihadapan suami.

Selalunya ketika bulan puasa ini tubuh badan pasti akan terasa letih apabila tiba waktu petang. Sebagai seorang isteri, apa kata kita sambut suami kita dengan keadaan yang cantik dan sudah siap untuk berbuka. Menggunakan pakaian yang cantik serta berdandan buat suami itu tidak salah, malah ia sememangnya digalakkan. Jadi apabila suami pulang ke rumah, dirinya terasa lebih sejuk untuk memandang anda serta bersemangat.

Pada tahun pertama berpuasa bersama-sama ini pasti banyak moment-moment indah yang kalian akan bina bersama-sama. Tidaklah perkara yang kelakar ataupun sayu pasti akan diharungi bersama-sama sebagai pasangan suami isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen