Manfaatkan 4 Perkara Ini Selepas Bersahur. Jangan Terus Tidur Je, Kongsi Lelaki Ini.

Pada bulan puasa ini, waktu yang agak mencabar bagi kalangan kita adalah selepas bersahur kerana pada waktu tersebut sudah tentu kita berasa seperti lesu dan kurang tidur. Ramai dikalangan kita cuba untuk melelapkan mata sebentar, namun apa yang terjadi adalah sehingga matahari terbit, baru mata kita celik. Subuh pun terlajak.

Berikut adalah tips yang kita boleh manfaatkan selepas waktu bersahur, yang dikongsikan oleh saudara Abu Huraira atau dikenali sebagai Tat Abu ini...

Image may contain: one or more people and people standing

********

Image may contain: text

Satu jam selepas sahur, adalah penentu bagaimana puasa kita nanti bagaimana.

Satu jam selepas sahur, adalah cara kita melihat bagaimana puasa kita sepanjang ramadan ini.

Maka, selepas satu jam kita bersahur, apa yang kita perlu lakukan?

Apa perlu kita buat?

InsyaAllah, sama-sama kita lakukan dengan berkat ramadan.

1. Elakkan tidur.

Ini biasa kita buat. Sudahlah perut kenyang, habis subuh kita terus tidur. Bahaya! Doktor juga nasihatkan jangan tidur lepas subuh dan lepas sahur kerana ia akan menjejaskan kesihatan kita. Bangun selepas itu bukan menyegarkan. Tapi, melemahkan dan menyakitkan. Tunggu sehingga paling kurang 7.30 pagi, kemudian jika terlalu penat maka rehatlah.

2. Banyakkan ibadah.

Dalam bulan ramadan, semuanya menjadi pahala dan berlipat ganda buat kita. Sekecil kebaikan pun menjadi sebab Allah memandang kita. Jadikan ibadah sebagai amalan yang selalu dibuat selepas satu jam bersahur. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Banyakkan istighfar. Begitulah hidupnya hati dalam ramadan ini.

3. Senaman ringan.

Ya! Tak salah malah buatlah. Pagi kan segar? Ambil udara diluar. Berjalanlah sedikit. Sambil tu kita boleh dengar nasyid, pasang Al Quran dan hayati. Sihat pun sihat. Pahala pun dapat

4. Buat sedikit kerja rumah.

Kemas rumah, basuh baju, menyapu, mop dan sebagainya untuk bagi kesegaran pada badan. Rumah yang bersih selalu menjadi kunjungan malaikat. Didoakan seluruh isi rumah yang bersih. Maka, kerja rumah yang dilakukan pun boleh jadi ibadah. Apalagi, kita niat mengambil keberkatan ramadan

Dan, banyak lagi yang kita boleh lakukan selepas sahur.

Asalkan, tidak lepak dan terlepek sahaja tanpa berbuat apa-apa.

Sebab, segala yang kita lakukan ini, jika niat kerana Tuhan dan dilakukan dengan betul, maka ia menjadi tenaga yang akan menjadikan puasa kita bertenaga.

Tidaklah lemah sahaja dan sekadar menahan lapar serta dahaga.

Selamat bersahur dan berpuasa ya.

"Tuhan, terimalah amalan kami sepanjang ramadan ini. Amin ya Allah"

#sweeterapi

********

Semoga Bermanfaat Dan Bersungguh-Sungguhlah Kita Membuat Banyak Kebaikan Pada Bulan Yang Mulia Ini!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen