7 Masalah Adab Anak Moden Zaman Sekarang! Mak Ayah Wajib Tahu!

Oleh: Zuzu Yasmine

Ada orang kata kalau nak mendidik anak kena bersesuaian dengan zamannya. Kalau dulu masa zaman mak-mak dan ayah-ayah ini tidak ada masalah dengan anak-anak yang alami ketagihan gadget ini. Kalau dahulu masalah anak-anak biasanya bermula dengan salah pilih kawan, tapi zaman sekarang ini sudah berubah.

Ia lebih menakutkan berbanding dahulu.

Anak zaman bukan sahaja perlu berdepan dengan masalah ketagihan gadget tetapi masalah adab terhadap orang sekeliling mereka juga.

Kadang kala ibu ayah hanya biarkan sahaja perkara ini kerana beranggapan bahawa ia proses membesar, tetapi anda silap, jika dibiarkan berlanjutan ia mungkin akan membawa ke hari tua mereka. Mari ibu ayah lihat 7 masalah adab anak moden yang dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif.



1. Bercakap kasar bila tuntut hak

Anak zaman sekarang bagus. Mereka sangat hebat dalam 'critical & logical thinking'.

Jadi apa apa je yang tak adil, mereka akan tuntut dan perangi habis habisan benda yang tak adil di depan mata mereka. Cuma mereka kurang jaga nada suara, pemilihan bahasa dan tak mampu kawal emosinya bila nak tuntut hak padahal orang yang paling benar adalah orang yang paling hebat juga adabnya.



2. Kurang eye contact bila bercakap dengan orang dewasa

Benda ni ramai berlaku pada anak anak yang kurang 'social skills' mereka akibat terlalu banyak bergelumang dengan 'rakan maya' di dalam permainan digital dan media sosial.

Bagi mereka, hakikat persahabatan itu ada di alam maya. Jadi mereka merasa cukup untuk 'beradab' hanya sesama rakan maya mereka. Tanpa sedar, mak ayah sendiri pun mereka boleh anggap sebagai pengacau kalau mereka dah terlanjur ketagih dengan persahabatan maya mereka!

3. Tak pandai menyambut tetamu

Banyak saya perhatikan anak anak zaman sekarang lebih memilih permainan PS4 dan Xbox dibandingkan bersalam dengan tetamu yang datang.

Mak ayah duk kalut hidang minuman tetapi anak di ruang tamu dibiarkan bermain game tanpa disuruh menyapa dan bersalaman dengan tetamu yang datang.

Akhirnya, bukan je sensitiviti pada tetamu tu akan hilang, budaya bertamu pun akan turut pudar. Tak percaya kita tengok 20 atau 30 tahun nanti. Nauzubillah!

4. Menghormati berdasarkan kekayaan

Dulu umur dan ilmu seseorang tu menjadi kayu ukur (social class) darjat dan penghormatan. Tu la kenapa orang orang tua, bijak pandai dan alim ulama' sangat dihormati oleh orang zaman dulu.

Zaman sekarang ni ada je yang masih hormat orang yang lebih tua dan berilmu tetapi makin ramai yang memilih untuk melihat kekayaan sebagai kayu ukur kemuliaan akibat pendedahan melampau mereka terhadap gaya hidup yang ditonjolkan 'instafamous' dan 'public figure' di sekeliling mereka.

5. Guna perkataan kesat bila tak setuju

Tak bersetuju tu fitrah dalam diri anak anak. Yela, makin anak membesar, makin berkembang ilmu dan kefahaman mereka kan.

Cuma yang jadi masalahnya bila mereka jadi sangat biadap bila nak pertahankan pendapat mereka. Saya perasan benda ni bermula daripada dengan komen komen mengecam di media sosial je tapi lama kelamaan kecam mengecam dan perkataan kesat ni dah menular dan jadi kebiasaan dalam perbualan lah pula.



6. Benarkan sentuhan tak selamat

Zaman sekarang ni sesiapa pun boleh bersosial tanpa batas. Semuanya di hujung jari je.

Nak taknak mak ayah kena ajar anak cara bersosial yang betul kalau nak anak kita semua selamat mengharungi cabaran sosial akhir zaman ni.

Kena ajar anak kita daripada kecil lagi tentang tanda akil baligh, limit pergaulan lelaki perempuan, apa private part tubuh yang tak boleh disentuh oleh orang lain contohnya bibir, dada, kemaluan dan punggung.

Paling penting ajar anak untuk SAY NO pada sentuhan yang tak selamat walaupun pada benda yang nampak remeh contoh tepuk punggung atau dada.

7. Tak pandai memberi

Egocentric anak anak zaman dulu ni kita boleh lihat pada umur 2-4 tahun tapi zaman sekarang ni sampai umur remaja pun masih tebal Egocentric-nya!

Zaman dulu anak diajar untuk berkongsi makan dengan jiran tetangga, ziarah saudara mara dan lain lain benda yang boleh menurunkan tahap Egocentric anak kepada Altruistic!

Tapi anak zaman sekarang banyak menyendiri di dalam bilik bersama smartphone, smart TV dan semua jenis gajet je! Mana mereka nak belajar untuk turunkan Egocentric mereka tu?

Maka jadilah anak itu yang biasa digelar sebagai 'anak yang tak bertimbangrasa dan selfish!'

p/s : Tolong bagitahu info ni pada mak ayah yang lain juga ye sebab rasanya ramai lagi mak ayah yang terlepas pandang tentang benda ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen