Suami Akan Lembut Hati Apabila Isteri Selalu Minta Maaf Dalam Keadaan Tiba-Tiba.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kadang kala apa yang kita miliki itu adalah bersesuaian dengan apa yang kita mahukan. Yang membezakannya adalah bagaimana kita menghargai sesuatu itu. Mungkin kita lihat pasangan kita itu tidak seperti yang kita mahukan atau tidak seperti yang kita harapkan tetapi jika kita menghargainya pasti ia menjadi lebih dari apa yang kita mahukan.

Kadang kala kita sebagai isteri ini terlalu ingin difahami dan didengari sehingga kita lupa untuk memahami dan dengar kata hati suami sendiri. Tidak salah jika kadang kala kita yang meminta maaf dan menurunkan sedikit ego pada suami, jangan kerana kita telah melahirkan zuriatnya maka kita rasa suami perlu dengar kata kita.

Kalau nak suami yang baik, cuba lihat diri sendiri dahulu. Cukup baik atau tidak kita ini buat suami? Tidak salah kalau kita sebagai suami isteri saling perbaiki kekurangan masing-masing dan saling memaafkan antara satu sama lain. Mari baca perkongsian dari saudara Mohammed Ramzie, mana tahu dapat perbaiki rumah tangga kita.



U N T U N G ada suami,

Yang ada mata dia jaga pandangan pada perempuan lain.

Ada masa habis 80% masa hariannya dengan majlis ilmu dan ibadah.

Ada tenaga guna untuk bangun solat malam untuk Allah.

Ada ilmu, dia sampaikan dekat isteri.

Ada ilmu dia selalu usaha memperbaiki diri dia dengan Allah.

Utamakan solat di awal waktu. (berjemaah di masjid)

Jaga makan minum anak isteri

Soalan wujud kah lelaki ni ?

Jawapan: Memang wujud. Kadang lelaki macam ni ada dengan kita, tetapi kita tak nampak. Sebab kita tak tahu bersyukur.

Orang tak tahu bersyukur ni, orang yang dah ada segalanya tapi dia masih merasa tak cukup.

Bukan kah Rasulullah di perlihatkan oleh jibrail pada malam israk mikraj yang mana neraka ity paling ramai penghuni nya adalah wanita?

Mereka bukan tak tutup aurat.. mereka bukan tak baca quran.. tapi mereka golongan yang paling ramai dalam neraka, kerana mereka tidak menghormati/mentaati suami mereka.

Kita tak rugi bila kita merendahkan diri di hadapan suami, kerana jika kita fahami point Allah suruh taat suami adalah kita hakikatnya tengah merendah diri untuk mentaati perintah Allah.

Kadang ramai wanita lain di luar sana damba kan suami mcm kita dapat, tapi nasib mereka tak sebaik kita, kita yang bernasib baik ni pula tak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. ( Bertapa buta nya kita untuk menilai keberutungan ahkirat yang Allah sudah sediakan melalui suami yang beriman)

Dalam dunia ni ada 2 sahaja DERHAKA.

1 derhaka ibu bapa.

2 derhaka pada suami.

Lain tak di sebut derhaka.

Jadi lah wanita yang berjaya dunia ahkirat. Kita tak rugi merendah diri dan memperbaiki kesilapan serta membetulkan keadaaan. Orang yang sombong org yang jah dari Allah. Dan mereka kata Allah bukan penghuni syurga.

Kita belum lambat untuk memperbaiki diri, untuk apa kita baiki? Untuk Allah. Mencari redhanya Allah, redha suami adalah redha nya Allah terhadap kita. Itu tanda-tanda nya...

Ayuh wanita yang beriman, tempat kalian di syurga, jangan kerana emosi ego nafsu anda mencampakkan diri anda ke tempat yang hina. Kita masih sempat bertaubat dan membetulkan keadaan. Sesungguhnya benar Allah menyukai org yang bertaubat...

Minta lah maaf dengan suami anda setiap masa. Tanda anda merendah diri di hadapan Allah... Seorang lelaki akan lembut hati dan lemah bila isteri kerap memohon maaf walaupun dalam keadaan tiba-tiba..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen