Wang Belum Cukup Tetapi Tarikh Majlis Sudah Semakin Hampir, Apa Yang Perlu Anda Lakukan Adalah...

Oleh: Zuzu Yasmine

Hati siapa yang tidak teruja apabila menunggu hari pernikahan yang sudah semakin dekat dan banyak persiapan sudah mula dilakukan. Tapi kadang kala kita tidak tahu bahawa kegembiraan itu akan berubah menjadi satu episode sedih atau sebaliknya. Kita sebagai manusia ini hanya tahu merancang, dan Allah swt adalah penentu segalanya.

Bila kita sudah mula hitung hari, tiba-tiba duit pula tidak cukup ataupun duit hantaran perlu digunakan untuk perkara yang lebih penting dahulu. Mungkin tidak ramai yang berdepan dengan masalah sebegini, tetapi tetap sahaja berlaku disekitar kita.



Jika kita berdepan dengan masalah sebegini, bagaimana kita hendak hadapinya? Mungkin ini membantu anda.

1. Berbincang dengan pasangan.

Jangan panik atau susah hati apabila berdepan dengan perkara sebegini, mungkin anda boleh berbincang dahulu dengan pasangan anda terlebih dahulu. Terangkan segala masalah yang timbul dan meminta untuk pendapatnya. Minta untuk dirinya memahami anda serta bantuan darinya. Yang penting pada ketika ini anda dan pasangan perlu memikirkan akan keadaan kedua-dua belah keluarga kalian.

2. Berbincang dengan keluarga.

Jika pasangan anda tidak mampu untuk membantu, mungkin anda boleh meminta bantuan dari keluarga anda. Semakin banyak perbincangan, maka ia semakin meringankan fikiran anda sekaligus membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.



3. Rancang untuk majlis yang sederhana.

Apabila tarikh semakin hampir dan udangan telah dilakukan, mungkin kalian tidak boleh menunda tarikh lagi. Pilihan yang terbaik pada saat ini adalah melangsungkan majlis dengan sederhana. Pastikan majlis yang anda lakukan itu bersesuaian dengan bajet yang ada. Jangan memilih untuk teruskan majlis yang mewah jika anda terpaksa berhutang.

4. Berbincang dengan keluarga mertua.

Jika sudah mendapat persetujuan daripada pasangan dan juga keluarga anda, kini anda perlu berbincang dengan bakal keluarga mertua anda. Biasanya mereka akan agak sensitive berkenaan perkara sebegini, cuba untuk bertenang dan jelaskan masalah yang anda hadapi.

5. Menunda tarikh.

Apabila bakal keluarga mertua anda tidak mempersetujui cadangan untuk mengadakan majlis yang sederhana, maka anda perlu pilih untuk menunda tarikh perkahwinan anda. Minta jasa baik bakal ibu bapa mertua anda untuk memahami keadaan anda. Biasanya kalau menunda tarikh ini adalah sesuai untuk mereka yang masih jauh lagi dari tarikh majlis yang sepatutnya berlangsung.



6. Jangan fikirkan jalan yang singkat.

Perkara sebegini sememangnya tidak dijangka. Jadi anda dan pasangan tidak boleh memilih jalan yang singkat untuk keluar dari masalah ini. Antara jalan singkat yang patut anda elakkan anda meminjam wang Ah Long, membuat loan bank, membatalkan pertunangan ataupun melarikan diri dari masalah. Cuba untuk hadapi masalah ini bersama-sama dan minta kedua ahli keluarga untuk memahami kedaan anda.

Kadang kala masalah sebegini akan timbul disaat akhir yang hanya akan menguji hubungan kalian. Jika kalian cepat melatah dan melenting akan perkara sebegini ia hanya akan mengeruhkan keadaan sahaja. Adalah lebih baik jika anda lakukan perbincangan yang tenang dan saling bertolak ansur.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen