8 Tip Penting Sebelum Menempah Kek Perkahwinan.

Oleh: Rafi

Kek dan majlis perkahwinan cukup sinonim antara satu sama lain. Seakan-akan tidak lengkap sesebuah majlis hari bahagia tanpa kek perkahwinan. Kek perkahwinan memainkan peranan penting bagi memeriahkan lagi sesebuah majlis resepsi. Acara memotong kek perkahwinan biasanya akan dilaksanakan dengan begitu indah dan istimewa. Pendek kata, kek perkahwinan merupakan nadi pelengkap pada majlis hari bahagia pasangan mempelai. Namun sebelum menempah kek perkahwinan, beberapa perkara harus diberi perhatian. Berikut merupakan tip penting sebelum anda menempah kek perkahwinan.



1. Perkara utama, lakukan tinjauan melalui Facebook atau Instagram tentang pilihan kek perkahwinan yang diinginkan. Sebelum menempah kek, anda disarankan untuk mencuba dan rasai dahulu kek sampel atau tester. Apabila sudah ‘berjumpa’ dengan kek yang disukai, bolehlah terus menempahnya.

2. Perhatikan reka bentuk kek perkahwinan yang disukai atau anda sendiri boleh melakar bentuk kek yang diingini mengikut cita rasa. Bawa lakaran kek anda itu kepada pembuat kek dan berbincanglah tentang apa yang anda inginkan. Pastikan pemilihan warna dan hiasan menepati cita rasa anda.

3. Kunci dekorasi sesebuah kek perkahwinan terletak kepada konsep dan tema kek itu sendiri. Tanpa konsep, kek tersebut kelihatan tidak sempurna. Pilihlah konsep dan tema kek yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan anda.



4. Warna kek perkahwinan yang dipilih seharusnya sama dengan tema dan konsep majlis yang berlangsung. Hindari warna-warna yang terlalu kontra dengan tema majlis resepsi anda. Pilihan warna-warna lembut dengan terapan hiasan yang romantis adalah lebih sesuai untuk majlis meraikan cinta.

5. Kek perkahwinan mempunyai harga yang berbeza-beza kerana ia bergantung kepada saiz dan berat kek tersebut. Oleh itu, pastikan anda menempah kek perkahwinan mengikut bajet yang anda telah tetapkan.

6. Kenal pasti dan tentukan jumlah sebenar tetamu yang bakal hadir ke majlis resepsi anda. Ia penting sebelum anda membuat tempahan kek. Jika anda menjemput 500 orang tetamu, anda memerlukan kek yang lebih besar dan bertingkat-tingkat. Majlis resepsi yang diadakan di dalam dewan atau dalam ruang yang besar dan luas tidak menjadi masalah untuk anda mendapatkan saiz kek yang besar dan tinggi.



7. Tentukan sudut yang sesuai untuk meletakkan kek perkahwinan anda. Jika kek perkahwinan anda besar dan bertingkat, letaklah kek perkahwinan tersebut di sudut hadapan berhampiran dengan pelamin.

8. Lokasi merupakan faktor yang sangat penting sebelum membuat keputusan untuk menempah kek perkahwinan. Jangan sesekali menempah kek jenis krim, meringue atau butter cream jika majlis diadakan dalam taman atau outdoor kerana cuaca yang panas boleh mencairkan kek tersebut. Rujuklah dengan pembuat kek tentang jenis-jenis kek yang sesuai untuk lokasi, cuaca dan persekitaran majlis. Sebaiknya pilihlah kek daripada jenis fondant penuh kerana ia lebih sesuai dengan pelbagai situasi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen