Perbaiki Diri Demi Pasangan, Namun Jika Ditinggalkan, Itu Adalah Ujian.

Dalam kehidupan ini, ada bahagian yang kita pilih dan ada bahagian memang kita tak pilih. Bahagian yang kita pilih adalah seperti mahukan tempat yang tinggal yang selesa, mahukan tahap pelajaran yang tinggi ataupun tidak, mahukan pekerjaan yang sesuai dengan bidang atau pun tidak dan seumpama dengannya.

TAKDIR.

Bagaimana pula dengan bahagian yang kita tidak pilih?

Ia adalah takdir kita iaitu keturunan nasab kita, paras rupa kita, kedua ibu bapa kita, dan juga jodoh kita.

Semua yang telah ditakdirkan pada kita adalah ujian dari-Nya untuk kita. Ujian untuk kita hadapi sama ada kita bersyukur, redha atau tidak berpuas hati dengan takdirnya.

Sebagaimana dengan firman Allah SWT;

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan)” (Surah al-Qamar: 49)

Sebagai contoh, paras rupa yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada kita, adakah kita bersyukur? Apa yang kita lakukan dengan rasa syukur? Ia menjadi ujian ketika kita cuba mencukur kening, suntik botoks, tebalkan bibir dan seumpama dengannya. Sudah tentu sebenarnya kita tidak bersyukur.

JODOH.

Berkenaan dengan jodoh pula, sekiranya kita berkenalan dengan seseorang sehingga ke jinjang pelamin. Ya, itulah jodoh kita. Namun, jika berpisah melalui perceraian, si dia bukan lagi jodoh kita. Namun, perceraian adalah keputusan yang pasangan suami isteri lakukan, itu pilihan mereka. Setelah berpisah dan tiada jodoh, itulah takdir kehidupan mereka.

Ini kerana kita hanya boleh merancang, namun semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT.

Dikala kita sudah berkahwin dengan pasangan yang kita rasakan serasi, yakni jodoh kita. Dikala itu Allah SWT memberi ujian kepada kita. Bagaimana kita menghadapi dengan ujian tersebut iaitu cara kita menghadapi kerenah pasangan?

Adakah kita mampu menjaga amanah Allah SWT ini?

Atau kita sudah tidak lagi bersyukur apabila mengenali dengan lebih mendalam mengenai pasangan?

UJIAN.

Sudah sedia maklum, sekiranya kita inginkan pasangan yang baik, kita perbaiki diri untuk menjadi lebih baik kerana ia secara tidak langsung menjemput jodoh yang sudah tertulis di Luh Mahfuz. Namun, apa yang terjadi setelah berkahwin, sikap pasangan yang mula berubah seperti yang kita tidak jangkakan. Ini adalah bahagian yang kita tidak pilih.

Bahagian ini dinamakan takdir. Bahagian ini dimana kita laluinya sebagai ujian. Pasangan tiba-tiba menjadi panas baran, suami tidak lagi romantik, isteri menjadi lebih garang, ia adalah ujian dalam rumah tangga. Ujian dimana pasangan suami isteri perlu hadapi dan rintangi dengan hati yang terbuka.

Dengan bahagian yang kita tidak pilih ini sebenarnya Allah tidak pernah menyalahkan kita. Allah hanya mahu kita bermuhasabah diri. Berkemungkinan secara tidak sedar, adanya sikap kita yang Allah tidak suka lantas diberikan ujian sebagai balasan.

Balasan untuk melihat adakah kita masih lagi ingat pada-Nya. Adakah semua yang kita lakukan demi keredhaan Allah SWT? Adakah perkara yang kita lakukan berlandaskan syariat?

Ini baru sedikit ujian, kita sudah melatah.

Jadi, jangan salahkan takdir Allah SWT.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah RA, sabda Nabi SAW:

Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan “kalaulah aku melakukan itu dan ini”. Akan tetapi katakanlah “takdir (ketentuan) Allah, dan apa yang dikehendakinya pasti akan terjadi. (Hadis riwayat sahih Muslim, 2664)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen